awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
Presiden Filipina Marcos kata kesihatan semakin baik, doktor berikan penilaian positif
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Eain Yow rangkul kejuaraan skuasy Terbuka Jerman

Sinar Harian
Sinar Harian
07/04/2024
23:45 MYT
Eain Yow rangkul kejuaraan skuasy Terbuka Jerman
Ng Eain Yow mencipta sensasi apabila merangkul kejuaraan Siri Jelajah Dunia Persekutuan Skuasy Dunia (PSA) pertamanya setelah menjuarai Terbuka Jerman 2024 di Sportwerk Hamburg pada Isnin.
PEMAIN skuasy lelaki nombor satu negara, Ng Eain Yow mencipta sensasi apabila merangkul kejuaraan Siri Jelajah Dunia Persekutuan Skuasy Dunia (PSA) pertamanya setelah menjuarai Terbuka Jerman 2024 di Sportwerk Hamburg pada Isnin.
Pemain berusia 26 tahun dari Kuala Lumpur yang juga pilihan keempat kejohanan menewaskan wakil dari Switzerland, Dimitri Steinmann dalam aksi 66 minit kejuaraan bertaraf gangsa tersebut.
Eain Yow bermula garang apabila memimpin dua set awal apabila menang 12-10, 11-8 ke atas lawan ranking 37 berusia 26 tahun kelahiran Zurich tersebut.
Bagaimanapun set ketiga Steinmann bangkit untuk menang 12-10 sebelum Eain Yow menamatkan cabaran lawan 11-3 dalam pertarungan set keempat.
“Satu kelegaan besar apabila dapat melalui cabaran hari ini. Saya berusaha menampilkan persembahan hebat sepanjang minggu dan gembira berjaya mengharunginya.
“Biarpun begitu perlawanan akhir sentiasa berbeza kerana terdapat tekanan tambahan, apabila orang berbeza menghantar mesej sepanjang hari mengenai kemenangan separuh akhir saya semalam.
"Jadi saya tahu hari ini akan menjadi sukar, terutamanya menentang Dimi Steinmann," katanya.
Eain Yow melangkah ke perlawanan akhir selepas menjinakkan pilihan utama wakil Wales, Joel Makin dalam aksi 73 minit pada perlawanan separuh akhir.
Pencapaian diraih Eain Yow meneruskan momentum dicipta ratu skuasy negara S Sivasangari yang muncul juara kejohanan Klasik London sebelum ini.
Sivasangari, 24, berstatus nombor 13 dunia muncul juara kejuaraan bertaraf emas itu selepas menyingkirkan cabaran bintang nombor dua dunia dari Mesir, Hania El Hammamy, 11-9, 5-11, 13-11, 12-14, 11-8 untuk mengungguli kejohanan bertaraf emas tersebut di Alexandra Palace London. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Skuasy
#Ng Eain Yow
#juara Skuasy Terbuka Jerman
#Persekutuan Skuasy Dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan