PELARI maraton terkenal, Mohd Syahidah Alias atau lebih dikenali sebagai Edan Syah melakar sejarah baharu Guinness World Records ketika acara TCS London Marathon di London, United Kingdom (UK).
Edan Syah memecahkan rekod kategori Fastest Marathon in Traditional Malay Dress (Male) dalam acara yang merupakan perlumbaan jalan raya tahunan kedua terbesar di UK, pada Ahad itu.
Dia menamatkan larian sejauh 42.2 kilometer (km) dengan catatan masa dua jam 49 minit 22 saat dengan memakai persalinan lengkap baju Melayu, samping dan songkok.
"Satu cabaran luar biasa yang cuba saya lakukan sepanjang 12 tahun maraton journey saya dan kami berbangga untuk mempersembahkan keunikan Baju Melayu di TCS London Marathon 2023.
"Antara maraton terbesar 40,000 runners, tertua di dunia dan salah satu antara enam world marathon majors! Let's make baju Melayu great again," tulis Edan dalam hantaran di Instagramnya.
Edan Syah yang juga merupakan jurulatih @www.sacrun.coach mempunyai rekod larian lebih 30 acara maraton penuh dengan catatan masa terbaik peribadi dua jam 30 minit.
Dia juga pernah menyertai Maraton Boston iaitu acara maraton tahunan tertua dan paling berprestij di dunia sebanyak dua kali pada 2015 dan 2017.
Beliau juga merupakan pemegang Guinness World Records sebagai pelari Maraton Terpantas yang berpakaian bendera kebangsaan (lelaki) dengan catatan masa dua jam 54 min 34 saat di Blackmores Sydney Running Festival pada 16 September 2018.
Astro Awani
Tue Apr 25 2023
Edan Syah memecahkan rekod kategori Fastest Marathon in Traditional Malay Dress (Male). - Gambar/ IG @edansyah
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Berbaju Melayu biru muda, PM Anwar sampaikan Kenyataan Negara di UNGA ke-78
Menaiki pentas dengan bergaya, Perdana Menteri Malaysia ke-10 itu akan menyampaikan Kenyataan Negara di hadapan para pemimpin dunia.
Mohamed Azmin minta Speaker tarik larangan pakai baju Melayu
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta Speaker baharu, Lau Weng San, menarik semula peraturan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung pemakaian baju kebangsaan.
Polis cari penunggang buat aksi 'wheelie' pakai baju Melayu di Kota Bharu
Polis giat mengesan penunggang motosikal yang melakukan aksi 'wheelie' sambil membonceng seorang wanita.
PKPB: Tempahan berkurang, tukang songkok buatan tangan tidak berputus asa
Biarpun menganggap kemeriahan Syawal tidak seperti tahun sebelumnya, namun itu tidak menghalang seorang tukang songkok untuk menerima tempahan songkok dari pelangggannya.
Siap berbaju Melayu, SpongeBob ucapkan selamat menyambut Ramadan
Spongebob SquarePants dan Patrick Star, berbaju Melayu serta berkain samping bagi mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan kepada umat Islam.
Tahukah anda setiap bahagian rekaan Baju Melayu punya maksud tersendiri?
Anda mungkin tidak percaya yang setiap bahagian pada Baju Melayu mempunyai maksud tersiratnya sendiri.
#MarilahMari: Kempen pakai busana tradisional dapat sambutan pengundi
Kempen memakai busana tradisional semasa membuang undi yang dilancarkan di platform media sosial dengan hashtag #marilahmari mendapat sambutan hangat.
Baju Melayu, songket Melaka tonjol semangat kebangsaan Faiz Subri di Zurich
Persalinan lengkap baju Melayu berserta songket yang bakal dipakai Mohd Faiz Subri pada Anugerah Puskas 2016 di Zurich Isnin depan, sinonim dengan semangat jati diri yang ditonjolkan oleh beliau.