awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ee Wei cedera dalam kemalangan tak diduga di gim ABM

Bernama
Bernama
26/09/2024
15:06 MYT
Ee Wei cedera dalam kemalangan tak diduga di gim ABM
Pemain beregu campuran negara Toh Ee Wei dijangka terlepas aksi Terbuka Artic di Finland dari 8-13 Okt selepas kemalangan tak diduga di gimnasium Akademi Badminton Malaysia (ABM) Selasa lepas. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemain beregu campuran negara Toh Ee Wei dijangka terlepas aksi Terbuka Artic di Finland dari 8-13 Okt selepas kemalangan tak diduga di gimnasium Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini Selasa lepas.
Ee Wei yang menjangkau usia 24 tahun Khamis lepas memerlukan 16 jahitan berikutan kecederaan dialami akibat terkena serpihan kaca selepas dia tergelincir ketika memegang dumbel dalam kejadian 3.30 petang itu.
Bagaimanapun, Ee Wei bernasib baik kerana kecederaan itu adalah pada lengan kirinya dan bukannya tangan digunakan untuk bermain.
"Saya masih boleh menganggap diri saya bernasib baik kerana kaca itu tidak mengenai kepala saya atau tangan untuk bermain, jika tidak ia boleh jadi cerita yang lain. Walau bagaimanapun, saya masih mengalami koyak otot belakang tahap dua.
"Saya kemudiannya dikejarkan ke hospital oleh salah seorang ahli fisioterapi di ABM selepas diberitahu kami perlu menunggu lebih lama untuk ambulans," kata Ee Wei yang kini berehat di kampung halamannya di Bachang, Melaka.
Juara Terbuka Korea 2024 itu berkata ibu bapanya begitu bimbang sehingga mereka datang dari Melaka untuk melihatnya selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.
Penyertaan Ee Wei dan pasangannya Chen Tang Jie dalam kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 750 Terbuka Denmark dari 15-20 Okt akan bergantung pada pemulihannya yang mungkin mengambil masa dua minggu.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ketika dihubungi berkata akan mengeluarkan kenyataan berhubung insiden itu.
Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan ABM Rexy Mainaky mengesahkan bahawa Ee Wei mengalami kecederaan di tangan kiri dan belakang menyebabkan dia terlepas beberapa kejohanan termasuk Terbuka Artik dan Denmark.
"Ee Wei memerlukan beberapa jahitan dan tidak dapat bermain dalam beberapa kejohanan akan datang. Apa yang penting dia baik-baik sahaja dan kami menjangkakan dia akan pulih dalam beberapa minggu.
"Keadaannya sedang dipantau rapi oleh pasukan perubatan dan kami akan memberikan maklumat terkini mengenai perkembangannya dalam masa terdekat," katanya dalam siaran media sosial BAM malam ini.
BAM juga mendoakan agar dia cepat sembuh dan tidak sabar untuk melihatnya kembali beraksi di gelanggang tidak lama lagi, kata siaran itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#toh ee wei
#emain beregu campuran
#kemalangan di gim
#cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan