awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ee Yi gusar Terbuka Taiwan dibatalkan

Astro Arena
Astro Arena
15/08/2021
23:12 MYT
Ee Yi gusar Terbuka Taiwan dibatalkan
Ee Yi dan pasangannya, Ong Yew Sin, berharap agar saingan Terbuka Perancis, Denmark dan Indonesia selepas ini tidak akan terjejas. - Stadium Astro
PEMAIN beregu lelaki profesional negara, Teo Ee Yi, gusar apabila Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan, yang sepatutnya bermula 8 September ini, terpaksa dibatalkan berikutan penularan wabak COVID-19.
Terbuka Taiwan merupakan kejohanan ketiga dibatalkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas Terbuka Korea Selatan dan Macau atas faktor sama.
Kini, Ee Yi dan pasangannya, Ong Yew Sin, berharap agar saingan Terbuka Perancis, Denmark dan Indonesia selepas ini tidak akan terjejas, sekali gus mencerahkan peluang mereka untuk menyertai Kejohanan Badminton Dunia hujung tahun ini.
"Kerana kami tidak dapat menyertai Sukan Olimpik, jadi kami berharap kejohanan lain akan bermula selepas temasya itu," katanya kepada wartawan Nadi Arena, Syakirah Zulkifly.
"Saya rasa ia berita yang agak kurang baik kerana kami tidak dapat menyertai kejohanan.
"Selepas ini akan ada kejohanan di Eropah pula, jadi kami berharap ia tidak akan dibatalkan," katanya. Ee Yi dan Yew Sin kini berada di ranking kesembilan pusingan kelayakan ke Kejohanan Dunia di Sepanyol.
Ia masih belum memberikan keselesaan buat mereka kerana hanya tiga beregu daripada setiap negara akan bersaing dalam kejohanan penutup musim itu.
"Memang agak merisaukan juga kerana Kejohanan Dunia merupakan satu kejohanan yang besar buat karier kami.
"Jadi, saya berharap tidak akan ada apa-apa masalah untuk kami menyertainya," tambahnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#badminton
#Terbuka Taiwan
#Teo Ee Yi
#BWF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan