SHAH ALAM: Atlet karate lelaki kebangsaan H.Sureeya Sankar yang merangkul emas pada penampilan pertamanya di Sukan Malaysia (Sukma), mahu mendedikasikan kejayaan cemerlang itu buat negeri kelahirannya Johor sempena sambutan Hari Malaysia 2022.
Pemenang emas Sukan Sea Hanoi itu, ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila mudah menundukkan lawan dari Selangor, K. Thevadharshan 8-0 pada pertarungan final acara kumite lelaki 67 kilogram (kg) di Dewan Kompleks Sukan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam hari ini.
Atlet berusia 20 tahun itu, mengakui sedikit tertekan dengan status pemenang dua pingat emas di Hanoi, namun bersyukur mampu mempersembahkan 'magis' di hadapan penyokong kontinjen Johor yang hadir memberikan motivasi kepadanya.
"Memang gugup untuk kali pertama di Sukma, namun saya memang sasarkan emas dan bila dapat capai memang tersangat gembira. Sebab kenapa saya sangat mahukan kemenangan ini adalah kerana mahu sentiasa mendominasi kategori kesukaan saya ini.
"Saya memang ada pelan dari awal, jadi bila ia berhasil dengan saya sentiasa mendahului pergerakan lawan sudah semestinya saya suka. Namun saya tahu ketinggian lawan (Thevadharshan) lebih tinggi dari saya, jadi memang cuba tenang pada permulaan tadi," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Sementara itu, atlet Pulau Pinang Lim Hui Ling, 19, yang membuat penampilan kali kedua Sukma mahu kejayaan mengenggam emas menerusi acara kata individu wanita, sentiasa menjadi pendorong buat beliau mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
Dalam pada itu, emas bagi kategori kumite melebihi 68kg wanita pula, disambar atlet Terengganu Zakiah Adnan manakala bawah 68kg disambar atlet Sabah Amirah Syahirah Azlan.
Bagi kategori kumite melebihi 84kg lelaki, petarung dari Negeri Sembilan A. Denishroy muncul juara, manakala kategori bawah 84kg dimenangi atlet Wilayah Perseketuan G.Kathish dan gelaran kategori lelaki bawah 75kg disambar M. Gogulnath dari Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 16 2022
Atlet Karate Johor S Sureeya menunjukkan pingat Emas yang dimenanginya dalam acara Kumite 67 Kilogram Kategori Lelaki Akhir pada Sukan Malaysia 2022 (SUKMA) di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam hari ini. - Foto BERNAMA
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Emas Hari Malaysia untuk Johor - Sureeya
Sureeya mahu mendedikasikan kejayaan cemerlang itu buat negeri kelahirannya Johor sempena sambutan Hari Malaysia 2022.