Empat perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia 2015 yang dijadual malam ini terpaksa ditunda ke satu tarikh baharu selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 150 iaitu tahap tidak sihat.
Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) yang memegang hak penganjuran Piala Malaysia 2015 dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan komisioner perlawanan memutuskan untuk menunda perlawanan berkenaan kerana bimbang keadaan jerebu ketika ini boleh memudaratkan pemain di venue terlibat.
Perlawanan yang ditangguh ialah aksi kumpulan A antara Johor Darul Ta'zim II (JDT II) dan Terengganu di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor Baharu dan aksi kumpulan B antara Angkatan Tentera Malaysia dan Sarawak di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Dua perlawanan kumpulan D turut ditunda membabitkan pertemuan antara PDRM dan Pahang di Stadium Shah Alam serta perlawanan PKNS FC dan Pulau Pinang di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Susulan penundaan perlawanan berkenaan, hanya satu perlawanan akan berlangsung malam ini membabitkan pertemuan dalam kumpulan C antara T-Team dan Felda United di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Kenyataan itu turut menyatakan bahawa Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia akan menentukan tarikh baharu untuk empat perlawanan berkenaan diadakan semula.
Untuk rekod, perlawanan kumpulan A Piala Malaysia antara JDT II dan Kedah di Johor Baharu pada 26 Sept lepas turut ditunda kerana masalah jerebu.
Bernama
Sat Oct 03 2015
Empat perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia malam ini terpaksa ditunda selepas bacaan IPU melebihi 150 iaitu tahap tidak sihat. -Gambar fail
Sarawak sasar juara keseluruhan Sukma XXI di Bumi Kenyalang
Abang Johari berkata, 9,927 atlet terpilih membawa cabaran Sarawak pada temasya dwitahunan itu harus tetapkan matlamat untuk capai kejayaan.
Serangan Rafah: Rakyat Palestin ratapi pemergian orang tersayang
Penduduk Palestin mengadakan solat jenazah untuk mereka yang terkorban di Rafah pada Khamis, ketika Israel meneruskan serangan di selatan Gaza.
Dana pilihan raya India: Modi dan Gandhi saling menuduh
Ambani dan Adani tidak memberi sebarang komen tentang siapa yang disokong dalam pilihan raya, manakala kedua-dua Modi dan Gandhi tidak mengemukakan sebarang bukti terhadap dakwaan mereka.
Tujuh terbunuh di Pakistan disyaki serangan etnik
Tujuh lelaki pekerja asing maut dipercayai ditembak oleh militan pemisah yang terbabit dalam keganasan etnik terhadap orang asing di barat daya Pakistan.
Junta Myanmar rancang adakan semula pilihan raya
Ketua Tentera Myanmar membincangkan rancangan untuk mengadakan pilihan raya di negara itu bersama bekas Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.
Eurovision: Tahap keselamatan dipertingkat menjelang separuh akhir
Protes pro-Palestin dirancang di bandar tersebut secara besar-besaran, dengan perhatian diberi terhadap prestasi wakil Israel.
Ziarah masuk raudah antara program untuk jemaah haji
Jemaah haji yang masuk ke Madinah sebelum ke Mekah akan melalui beberapa siri program yang telah diatur oleh pihak Tabung Haji.
Perincian lanjut bersama Editor & Penerbit Astro AWANI Dr Azlinariah Abdullah.
Perincian lanjut bersama Editor & Penerbit Astro AWANI Dr Azlinariah Abdullah.
Kerajaan buat kerja, bukan cari populariti - Amirudin
Amirudin berkata, itu perbezaan antara kerajaan perpaduan dan pembangkang yang hanya menjual isu-isu tertentu bagi mencari perhatian, khususnya pada musim pilihan raya.
Bola sepak: Perbaiki tadbir urus emosi, kebencian di media sosial
Apa yang diperlukan dalam komuniti sukan, khususnya bola sepak ketika ini ialah tadbir urus dalam hal berkaitan emosi dan kebencian di media sosial.
KUSKOP tawar pembiayaan pengajian kepada pelajar Palestin
Kementerian Pembangunan, Usahawan,dan Koperasi (KUSKOP) menawarkan pembiayaan pengajian dalam bidang koperasi sekurang-kurangnya kepada tiga pelajar Palestin sebagai satu bentuk sokongan kepada masyarakat itu.
Menurut Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, perancangan ini sedang disusun oleh duta besar Malaysia di Jordan, Kementerian Koperasi di Palestin dan perihal ini juga sudah dibincangkan semasa mesyuarat pos kabinet mesyuarat kemarin.
Menurut Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, perancangan ini sedang disusun oleh duta besar Malaysia di Jordan, Kementerian Koperasi di Palestin dan perihal ini juga sudah dibincangkan semasa mesyuarat pos kabinet mesyuarat kemarin.
Pembukaan jambatan Bagan Datuk-Kampung Sejagop ditunda Mei depan - JKR
Tarikh permulaan operasi itu terpaksa ditunda daripada jadual asal disebabkan terdapat beberapa faktor yang masih perlu diperhalusi.
Sukan Asia ke-19 ditunda ke September 2023
Sukan Asia ke-19 yang dijadualkan berlangsung di Hangzhou, China dari 10 hingga 25 September akan ditunda ke tarikh baharu iaitu dari 23 September hingga 8 Oktober 2023.
Sukan Asia ke-19 ditunda ke tarikh baharu September 2023 - OCA
Sukan Asia ke-19 di Hangzhou, China yang dijadualkan berlangsung dari 10 hingga 25 Sept tahun ini telah ditunda ke tarikh baharu iaitu dari 23 Sept hingga 8 Okt 2023.
Kes COVID-19 meningkat mendadak, Sukan Asia Hangzhou 2022 ditunda
Pembatalan berkenaan diumumkan oleh pihak penganjur sukan berkenaan pada Jumaat setelah peningkatan semula wabak berkenaan.
MoU PDI Malaysia-Indonesia libatkan pembantu rumah ditunda 1 April ini - Saravanan
Memorandum persefahaman (MoU) membabitkan kemasukan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) meliputi pembantu rumah yang akan ditandatangani antara Malaysia dan Indonesia ditunda pada 1 April ini.
Sidang penuh Dewan Rakyat ditunda ke 13 September
Sidang penuh Dewan Rakyat bagi penggal keempat, Parlimen ke-14 yang dijadualkan bermula 6 September ini, telah ditunda ke 13 September, 2021.
Sukan SEA Hanoi ditunda ke 2022 - MOM
Setelah beberapa siri perbincangan sebelum ini, Kejohanan Sukan SEA ke-31, yang dijadualkan berlangsung pada 21 Nov hingga 2 Dis depan di Hanoi, akhirnya akan ditunda ke tahun hadapan.
Bukan esok, pengurusan kes Neelofa, PU Riz ditunda ke 15 Julai - Peguam
Tarikh pengurusan kes berkenaan ditangguhkan susulan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Liku-liku perjalanan calon SPM 2020 ketika tempoh pandemik
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 disifatkan sebagai yang paling mencabar kepada calon.
Pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix Malaysia ditunda
Pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2021, yang dijadualkan berlangsung di Litar Tangkak, Johor pada 22 dan 23 Mei ini ditunda ke tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.