awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enea Bastianini kesal, doakan Hafizh Syahrin cepat pulih

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
16/08/2020
12:20 MYT
Enea Bastianini kesal, doakan Hafizh Syahrin cepat pulih
Pelumba Moto2 Itali, Enea Bastianini meluahkan rasa kesal atas kejadian yang berlaku sebentar tadi di perlumbaan pusingan Grand Prix Austria di Litar Red Bull Ring. - Facebook@Bestia33
Pelumba Moto2 Itali, Enea Bastianini meluahkan rasa kesal atas kejadian yang berlaku hari ini di perlumbaan pusingan Grand Prix Austria di Litar Red Bull Ring.
Bastianini yang kesal dengan kejadian berlaku, membuat satu kenyataan di Twitter rasminya dengan mendoakan kesejahteraan Hafizh Syahrin, pelumba Moto2 negara yang turut terlibat dalam kemalangan itu.
“Saya sangat kesal dengan apa yang berlaku. Saya doakan Syahrin kembali pulih. Sukar untuk saya mengungkap dengan kata-kata.
“Tetapi kita harapkan yang baik-baik sahaja dan saya melihat ke hadapan bagi perlumbaan seterusnya,” jelas Bastianini.
Sono molto dispiaciuto per quanto accaduto. Faccio i migliori auguri di buona guarigione a Syahrin. È difficile trovare le parole giuste ma restiamo speranzosi e guardiamo alla prossima gara.
— Enea Bastianini 33 (@eneabastianini) August 16, 2020
Terdahulu, Bastianini yang mewakili pasukan Italtrans Racing Team tergelincir di selekoh pertama pusingan keempat.
Ia kemudian mengakibatkan beberapa pelumba lain turut mengalami kemalangan selepas gagal mengelak jentera Bastianini yang terbalik di tengah litar.
Hafizh, 26, merempuh motosikal Bastianini sehingga mengakibatkannya melambung tinggi sebelum terhempas di atas litar manakala jenteranya mengalami kerosakan teruk.
Hafizh disahkan berada dalam keadaan stabil dan mengalami kecederaan pada beberapa bahagian badan termasuk lebam di bahagian pinggul.
Antara pelumba lain yang turut terlibat dalam kemalangan itu adalah, Edgar Pons daripada pasukan Federal Oil Gresini dan Andi Farid Izdihar daripada pasukan Idemitsu Honda Team Asia.
BACA: Hafizh Syahrin terbabit kemalangan di Austria GP, disahkan stabil
Topic Berkaitan
#Enea Bastianini
#Grand Prix
#Hafizh Syahrin
#Itali
#kemalangan
#Moto2
#MotoGP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan