Juara bertahan, England merupakan antara enam pasukan yang mengesahkan penyertaan edisi ke-27 Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah yang dijadual berlangsung pada 3-11 Mac 2018 di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh, Perak.
Selain England yang berada di ranking ketujuh dunia, pasukan lain yang akan bertanding adalah pasukan ranking pertama dunia dan juara sembilan kali Australia, Argentina (ranking kedua), India (ranking keenam), Ireland (ranking ke-10) serta Malaysia yang berada pada ranking ke-12 dunia.
Pengarah Teknikal Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Terry Walsh percaya kehadiran lima pasukan berkenaan yang berada dalam kelompok 10 pasukan terbaik dunia mampu memberikan cabaran untuk skuad 'Malaysian Tigers' membuat persiapan bagi menghadapi Kejohanan Hoki Piala Dunia 2018 di India, November depan.
"Berdasarkan kedudukan ranking enam pasukan yang bersaing, Malaysia merupakan pasukan yang berada di kedudukan keenam dan Piala Sultan Azlan Shah 2018 bakal menjadi medan menguji tahap kemampuan skuad kebangsaan selain ia dilihat bakal menjadi cabaran untuk mereka berusaha menamatkan saingan di kedudukan yang lebih baik," Walsh dipetik sebagai berkata demikian menerusi laman KHM, www.mhc.org.my.
Mengulas lanjut, Walsh berkata kehadiran empat negara bukan dari benua Asia merupakan medan terbaik untuk skuad kendalian Stephen Van Huizen membuat persiapan rapi bagi menghadapi Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, April depan.
Jurulatih kelahiran Australia itu pada masa sama turut berharap pemain kebangsaan mampu menampilkan aksi cemerlang pada kejohanan di Ipoh itu dalam usaha mereka memburu pingat emas Sukan Asia 2018 di Indonesia, sekali gus menempah tiket automatik ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.
Untuk rekod, Malaysia muncul naib juara sebanyak lima kali pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah iaitu pada 1985, 2007, 2009, 2013 dan 2014. -- Bernama
Bernama
Wed Dec 20 2017
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah (depan dua, kiri) berkenan menyampaikan piala kejuaraan kepada Pasukan Great Britain pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2017 pada 6 Mei lalu. - BERNAMA
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
Sarjit bayangkan empat pemain senior sertai Speedy Tigers
Sarjit akan menyenarai pendek 18 pemain daripada 30 pemain untuk kejohanan jemputan di Ipoh dari 4-11 Mei.
Ahmad Najmi pengurus baharu Speedy Tigers
Subahan berkata, Ahmad Najmi merupakan calon yang sesuai untuk memegang jawatan tersebut.
Sarjit umum 30 pemain Speedy Tigers esok
Senarai itu akan dikecilkan dengan 18 pemain bakal disenarai bagi menyertai saingan Piala Sultan Azlan Shah pada 4 hingga 11 Mei depan.
Speedy Tigers uji kekuatan dengan New Zealand 1 Mei depan
Perlawanan persahabatan di Ipoh itu bagi menguji kekuatan Speedy Tigers yang 'berwajah' baharu sebelum beraksi di Piala Sultan Azlan Shah.
Arul harap Sarjit teruskan aspek sains sukan dalam skuad hoki negara
Banyak elemen sains sukan diperkenalkan bagi meningkatkan prestasi skuad negara dengan harapan ia mampu bersaing dengan pasukan terbaik dunia.
Wujudkan kembali divisyen satu, liga dua pusingan - Nor Saiful
Selain setiap pasukan boleh bermain dengan aksi timbal balik, penyertaan pasukan juga boleh dibahagikan mengikut standard ditetapkan.
Piala TNB: TNB hampiri gelaran 'treble'
Pada aksi suku akhir kedua di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, TNB berada pada kedudukan selesa selepas membelasah Kuala Lumpur City 17-1.
Jurulatih baharu Speedy Tigers diketahui hari ini
Pengumuman ketua jurulatih baharu dijangka diumumkan Subahan selepas mempengerusikan mesyuarat khas pertama persatuan itu pagi ini.
Dharmaraj antara empat calon disenarai pendek kemudi Speedy Tigers
Empat daripada 23 calon disenarai pendek itu akan melalui proses sesi temu duga oleh jawatankuasa badan induk sukan berkenaan minggu ini.
Hoki: Ketua jurulatih baharu Speedy Tigers akan dilantik secepat mungkin
Jawatan ketua jurulatih pasukan hoki kebangsaan akan diisi secepat mungkin dan dijangka sebelum bulan Ramadan.