Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Jerebu: Serian terus catat IPU tidak sihat, Kuching tertinggi kategori sederhana

KUCHING, Sept 6 - Hazy conditions at Kampung Telaga Air Jetty, about 30 KM from Kuching city, today. Kuching recorded an unhealthy Air Pollutant Index (API) reading of 199 as of 2 pm today. The public are advised to exercise caution and limit outdoor activities if the haze worsens. - fotoBERNAMA (2026) COPYRIGHT RESERVED
Menurut data terkini daripada Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), stesen IPD Serian merekodkan bacaan IPU 153, meningkat sedikit berbanding bacaan 152 yang dicatatkan sejak dua jam lalu. -Gambar fail/Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Stesen pemantauan kualiti udara di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian, Sarawak, terus merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat dan kekal sebagai satu-satunya stesen di negara ini dalam kategori berkenaan setakat jam 11 pagi hari ini.

Menurut data terkini daripada Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), stesen berkenaan merekodkan bacaan IPU 153, meningkat sedikit berbanding bacaan 152 yang dicatatkan sejak dua jam lalu.

Sementara itu, kualiti udara di kebanyakan kawasan lain di seluruh negara kekal pada tahap sederhana dan baik.

Kuching, Sarawak merekodkan bacaan tertinggi dalam kategori sederhana iaitu IPU 89, diikuti Pasir Gudang, Johor (83) dan Rompin, Pahang (82).

Status kualiti udara nasional yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan hanya satu stesen berada pada tahap tidak sihat, manakala 61 stesen lagi merekodkan bacaan sederhana.

Antara stesen yang mencatat bacaan sederhana ialah Samarahan (80), Nilai (77), Batu Pahat (77), Larkin (77) dan Cheras (73).

Bagi kategori baik pula, enam stesen merekodkan bacaan di bawah paras 50. Langkawi, Kedah kekal mencatat bacaan terendah negara iaitu IPU 34, diikuti Tanah Merah, Kelantan dengan bacaan IPU 35.

Orang ramai, khususnya di kawasan terjejas, dinasihatkan mengurangkan aktiviti fizikal di luar rumah serta mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu.

Must Watch Video

Advertisement