awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Amat istimewa ada Van Nistelrooy sebagai jurulatih di Manchester United - Zirkzee

Astro Arena
Astro Arena
18/07/2024
01:00 MYT
EPL: Amat istimewa ada Van Nistelrooy sebagai jurulatih di Manchester United - Zirkzee
Zirkzee menyertai United minggu lalu selepas menandatangani kontrak bernilai £35 juta (RM212 juta) dari kelab Serie A, Bologna. - Stadium Astro/Agensi
JOSHUA Zirkzee berasakan memiliki seorang jurulatih dari Belanda dalam musim pertamanya di Manchester United sebagai satu kelebihan dan beranggapan keberadaan Ruud van Nistelrooy di dalam pasukan itu akan dapat memberikannya tunjuk ajar berguna.
Zirkzee menyertai United minggu lalu selepas menandatangani kontrak bernilai £35 juta (RM212 juta) dari kelab Serie A, Bologna.
Pemain Belanda berusia 23 tahun itu menjaringkan 11 gol dalam saingan musim lalu dan membantu Bologna layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Dan Zirkzee berasakan memiliki rakan senegara seperti pengurus, Eric ten Hag, dan penyerang legenda United, Van Nistelrooy, di bahagian kejurulatihan, akan mendatangkan banyak kelebihan buat dirinya dalam usaha untuk membiasakan diri dengan kehidupan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
"Manchester United kelab yang amat hebat dan besar, jadi ia akan menjadi lebih istimewa buat saya," katanya dalam temu bual bersama saluran media kelab itu.
"Memiliki beberapa orang warga Belanda di sini amat jelas dapat menjadikan segalanya lebih mudah tetapi sejujurnya, saya memang seorang yang mudah didampingi. Saya tidak begitu sukar untuk menyesuaikan diri.
"Sudah pasti sewaktu masih kecil, saya menonton skuad kebangsaan Belanda, Manchester United, menonton Van Nistelrooy beraksi.
"Dia antara pemain yang anda mahu menjadi sepertinya ketika anda bermain bersama rakan anda. "Jadi, untuk memilikinya di sini, ia amat jelas sesuatu yang istimewa, ia hebat," katanya. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Joshua Zirkzee
#Ruud van Nistelrooy
#EPL
#Manchester United
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan