awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jay Vine juara Tour Down Under walaupun terlibat kemalangan akibat kanggaru
Pekerja am maut langgar lori parkir tepi jalan
Agong berkenan kunjungi Kompleks Smolny di St Petersburg
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Cunha berdepan siasatan FA susulan sambutan gol kontroversi

Sinar Harian
Sinar Harian
25/01/2026
23:50 MYT
EPL: Cunha berdepan siasatan FA susulan sambutan gol kontroversi
Aksi Matheus Cunha meraikan kemenangan selepas perlawanan EPL antara Arsenal dan Manchester United di Stadium Emirates, London, Britain, 25 Jan 2026. REUTERS
PENYERANG Manchester United, Matheus Cunha berisiko dikenakan tindakan disiplin oleh Persatuan Bolasepak England (FA) susulan sambutan golnya yang mencetuskan kontroversi ketika kemenangan dramatik 3-2 ke atas Arsenal di Stadium Emirates.

Ringkasan AI
  • Penyerang Manchester United, Matheus Cunha, berisiko didakwa tindakan disiplin oleh FA akibat sambutannya yang kontroversial selepas menjaringkan gol kemenangan menentang Arsenal.
  • Cunha menghadap kamera dan menggunakan ungkapan kesat selepas menjaringkan gol, memaksa Sky Sports membuat permintaan maaf; tindakan serupa pernah dialami oleh Wayne Rooney pada 2011.
  • Prestasi Cunha di Emirates menegaskan peranannya sebagai pemain penting dalam pasukan, manakala kemenangan tersebut mengangkat United ke tangga keempat Liga Perdana Inggeris.

Cunha menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-87 sebelum meraikannya dengan menghadap kamera tepi padang, disertai ungkapan berbaur kesat yang memaksa penyiar rasmi, Sky Sports membuat permohonan maaf secara langsung.
Mengikut peraturan FA, pemain boleh dikenakan hukuman sekiranya didapati menggunakan bahasa yang bersifat menghina, kesat atau tidak sopan, sama ada di atas padang atau ketika sambutan jaringan.
Insiden itu mengingatkan kepada kes legenda United, Wayne Rooney yang digantung dua perlawanan pada April 2011 selepas menggunakan kata-kata kesat ke arah kamera ketika menjaringkan gol menentang West Ham.
Hukuman itu menyaksikan Rooney terlepas dua aksi penting domestik pada musim berkenaan.
Cunha, 26, dimasukkan sebagai pemain gantian dan sekali lagi memberi impak besar buat United, hanya lapan hari selepas menyumbang bantuan gol penentu dalam derbi Manchester.
Persembahannya di Emirates mengukuhkan peranannya sebagai pemain penting dalam perancangan pasukan ketika ini.
Ketua jurulatih United, Michael Carrick tidak diajukan soalan berkaitan sambutan gol Cunha, namun memuji sikap profesional pemain itu walaupun memulakan perlawanan di bangku simpanan buat kali kedua berturut-turut.
“Matheus kecewa kerana tidak diturunkan dalam kesebelasan utama, tetapi dia memberi reaksi yang sangat positif. Dua detik penting daripadanya dan gol kemenangan itu hasil komitmen tinggi sepanjang minggu,” kata Carrick.
Kemenangan itu mengekalkan rekod tanpa kalah Carrick dalam dua tempoh kendaliannya bersama United, selain mengulangi kejayaan 3-2 ke atas Arsenal empat tahun lalu.
Keputusan tersebut turut melonjakkan United ke tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL).
Carrick yang masih terikat kontrak hingga akhir musim enggan mengulas lanjut mengenai masa depannya sebagai pengendali tetap, sebaliknya memilih untuk terus memberi tumpuan kepada perlawanan seterusnya.
FA memaklumkan pihaknya telah dimaklumkan mengenai insiden sambutan gol berkenaan dan sedang meneliti laporan penuh.
Sekiranya Cunha dikenakan hukuman dua perlawanan, dia berkemungkinan terlepas aksi liga menentang Fulham dan Tottenham di Old Trafford. - Sinar Harian
https://www.sinarharian.com.my/article/765514/berita/sukan/cunha-berdepan-siasatan-fa-susulan-sambutan-gol-kontroversi-di-emirates
Topic Berkaitan
#Matheus Cunha
#Manchester United
#EPL
#Persatuan Bolasepak England
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan