awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima sumbangan RM1 juta daripada Malik Streams
Kejayaan Kerajaan MADANI hasil kestabilan dasar, keberanian reformasi - PM Anwar
Inisitaif MySTEP diteruskan pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Gol Fred pacu permulaan meyakinkan Rangnick

Sinar Harian
Sinar Harian
05/12/2021
21:26 MYT
EPL: Gol Fred pacu permulaan meyakinkan Rangnick
Pemain Manchester United, dari kiri, Bruno Fernandes, Alex Telles dan Fred meraikan kemenangan di hujung perlawanan EPL antara Manchester United dan Crystal Palace di stadium Old Trafford, Manchester, England, 5 Dis 2021. (Foto AP)
PENGENDALI sementara Manchester United, Ralf Rangnick memulakan tugasan pertama membimbing The Red Devils dengan langkah kanan apabila menjinakkan Crystal Palace 1-0 di Stadium Old Trafford.
Bagaimanapun anak buah Rangnick terpaksa menunggu minit ke-77 hasil jaringan Fred untuk memastikan kemenangan ketujuh The Red Devils selepas mengharungi 15 perlawanan seterusnya mengumpul 24 mata.
Rangnick dilantik pengurus sementara Red Devils selepas Ole Gunnar Solskjaer dipecat bulan lalu, Michael Carrick sebelum itu mengendalikan tiga perlawanan - dua kemenangan dan seri menentang Arsenal, Chelsea dan Villarreal.
Bagaimanapun bekas pemain tengah United itu kemudiannya mengambil keputusan meninggalkan Old Trafford selepas kehadiran Rangnick.
Rangnick selepas ini akan dibantu Kieran McKenna dan Mike Phelan pada perlawanan Ahad ini.
Kemenangan United menentang Crystal Palace menyaksikan The Reds melonjak ke tangga keenam tiga mata di belakang West Ham di tangga keempat.
Sementara itu, Tottenham naik ke tangga kelima selepas melakar kemenangan 3-0 ke atas Norwich City manakala Leeds United pula teringkat seri 2-2 menentang Brentford.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Ralf Rangnick
#Crystal Palace
#EPL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan