awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis mohon reman ke atas dua individu terlibat Himpunan GARAH
Malaysia-India sepakat kukuhkan penggunaan ringgit-rupee dalam perdagangan
JKKP keluar notis larangan susulan kemalangan maut tapak pembinaan hospital
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Gol sulung penyerang muda Brazil buat Aston Villa cicir mata

Astro Arena
Astro Arena
08/02/2026
03:00 MYT
EPL: Gol sulung penyerang muda Brazil buat Aston Villa cicir mata
Aksi Rayan Rocha (kiri) berebut bola dengan pemain lawan Lucas Digne ketika perlawanan EPL antara AFC Bournemouth dan Aston Villa di Vitality Stadium, Bournemouth, Britain, 7 Feb 2026. REUTERS
ASTON Villa semakin ketinggalan di belakang pendahulu liga, Arsenal, selepas penyerang remaja Brazil, Rayan, menjaringkan gol dalam penampilan pertamanya dalam kesebelasan utama Bournemouth.
Jaringan itu mengikat kedua-dua pasukan pada kedudukan 1-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Vitality lewat malam tadi.
Villa kini dibezakan sembilan mata daripada The Gunners susulan kekalahan mengejut di laman sendiri kepada 10 pemain Brentford hujung minggu lalu.
Mereka perlu berterima kasih kepada ketangkasan penjaga gol, Emi Martinez, yang melakukan deretan aksi menyelamat sepanjang pertemuan kali ini.
Morgan Rogers terlebih dahulu meletakkan Villa di depan pada minit ke-22, di mana tuan rumah ketika itu lebih banyak menguasai perlawanan.
Dia menjaringkan gol itu melalui percubaan pertama Villa selepas Bournemouth melancarkan enam percubaan awal.
Ia merupakan gol kelapan Rogers dalam saingan liga musim ini dan hadir selepas Martinez melakukan dua aksi menyelamat berturut-turut untuk menafikan percubaan Eli Junior Kroupi dan Evanilson.
Bournemouth terus memberikan ancaman menuju penamat separuh masa ketika Martinez sekali lagi melakukan aksi menyelamat berganda, menghalang rembatan padu Adam Scott dan gerakan susulan Evanilson, sebelum tandukan Rayan terkena palang gol susulan satu situasi sepakan penjuru.
Rayan, yang dilihat sebagai pengganti jangka panjang untuk Antoine Semenyo, akhirnya menemui gawang pelawat pada minit ke-55 selepas melepasi kawalan Lucas Digne dan melepaskan rembatan ke penjuru kanan bawah gawang Martinez.
Topic Berkaitan
#EPL
#Liga Perdana Inggeris
#Aston Villa
#Bournemouth
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan