awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Guardiola dedah Ederson ubah fikiran saat akhir

Astro Arena
Astro Arena
08/10/2024
05:01 MYT
EPL: Guardiola dedah Ederson ubah fikiran saat akhir
Ederson telah beraksi dalam ketujuh-tujuh perlawanan EPL musim ini. - Stadium Astro
PEP Guardiola mengakui bahawa Ederson begitu hampir meninggalkan Manchester City tetapi akhirnya kekal berikutan gagal mencapai kata sepakat dalam soal yuran perpindahan dengan kelab terbabit.
Pemain Brazil itu sebelum ini dikaitkan ke Liga Pro Saudi dengan kedua-dua Al-Nassr dan Al-Ittihad dilaporkan berminat untuk menandatanganinya.
Sejak menyertai kelab itu pada Jun 2017, Ederson hanya dibolosi 113 gol dalam 257 penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Dia telah memenangi 15 trofi utama bersama City, yang merangkumi enam kejuaraan mahkota EPL, dua trofi Piala FA dan satu gelaran Liga Juara-Juara, serta Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab.
Ederson telah beraksi dalam ketujuh-tujuh perlawanan EPL setakat ini musim ini dan mengekalkan hanya satu rekod tanpa bolos dan melepaskan lapan gol.
Justeru, Guardiola gembira dia dapat mengekalkan Ederson yang terus memainkan peranan penting dalam barisan kendaliannya.
“Dia adalah tokoh penting bersama pasukan kami,” katanya kepada laman sesawang kelab itu.
"Kami bertuah dapat memilikinya dan saya harap dia gembira. Eddy sangat mengenali kami dan sedar apa yang perlu kami lakukan.
"Dia tahu sejak hari pertama lagi saya tidak mahu dia berhijrah. Sebenarnya tawaran sebenar itu tidak datang.
"Mereka membuat tawaran tetapi penjaga gol yang memenangi empat EPL berturut-turut pastinya mempunyai nilai dan harga tertentu. Jika tidak, dia tidak boleh pergi.
“Jika tawaran konkrit itu datang, mungkin dia tidak sepatutnya berada di sini. Inilah kebenarannya.
"Ederson begitu berpendirian teguh tetapi sebaik dia berubah fikiran, dalam sesaat sahaja dia berkata dia berada di sini dan berikrar melakukan yang terbaik." -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Manchester City
#Pep Guardiola
#Ederson
#EPL
#pemain Brazil
#tinggalkan City
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan