awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Johan Lange dilantik pengarah teknikal baru Tottenham

Astro Arena
Astro Arena
10/10/2023
02:55 MYT
EPL: Johan Lange dilantik pengarah teknikal baru Tottenham
Johan Lange dilaporkan menunjukkan rekod prestasi cemerlang dalam mencari bakat dan menandatangani ramai pemain muda serta senior yang berbakat. - Foto Astro ARENA
JOHAN Lange dilantik sebagai pengarah teknikal Tottenham selepas berkhidmat bersama Aston Villa sejak musim panas 2020 dengan peranan yang sama dan akan mula berkhimdat bersama Spurs pada 1 November ini.
Kehadiran bekas pengarah pasukan Sevilla, Monchi, di Villa Park pada Jun lalu, mengubah kedudukan Lange, yang menggantikan Fabio Paratici sebagai pelantikan penting buat Tottenham. Advertisement
Ketua pegawai bola sepak Spurs, Scott Munn, berkata: "Johan telah menunjukkan rekod prestasi cemerlang dalam mencari bakat dan menandatangani ramai pemain muda serta senior yang berbakat."
Spurs sudah pun mula mencari pengganti Paratici sejak peletakan jawatannya sebagai pengarah urusan kelab itu pada April lalu.
Paratici sebelum ini dikenakan larangan daripada berkhidmat di Itali selama dua setengah tahun bermula Januari lalu selepas bekas kelabnya, Juventus, didapati bersalah atas perakaunan palsu dan penggantungannya kemudian dilanjutkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada Mac lalu.
Selepas meninggalkan peranannya di Tottenham, ia disahkan bahawa bekas pemain Itali itu masih boleh bekerja dalam arena bola sepak di bahagian perundingan, di mana agensi media PA juga difahamkan bahawa dia masih meneruskan peranan sama di Spurs sebelum ini.
Ketibaan Lange pada 1 November ini adalah antara usaha penyusunan semula kelab itu selepas Munn secara rasmi menyertai Manchester City bulan lalu manakala Leonardo Gabbanini, ketua pasukan pencari bakat, meninggalkan pasukan itu sehari kemudian.
Topic Berkaitan
#EPL
#Johan Lange
#Tottenham Hotspur
#pengarah teknikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan