SUKAN
EPL: Liverpool, Chelsea, Manchester United tumbang

Aksi Virgil van Dijk (kanan) dan Jean-Philippe Mateta berebut bola ketika perlawanan EPL antara Crystal Palace dan Liverpool, di Selhurst Park, selatan London, 27 Sept 2025. (Foto AP)
TIGA pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EP) menempuhi nasib sama apabila tewas dalam perlawanan malam tadi.
Juara EPL musim lalu, Liverpool, tewas kali pertama kepada Crystal Palace 12 dan tercicir mata buat kali pertama, namun masih kekal di puncak carta liga dengan 15 mata ketika ini.
Sementara itu, juara Piala Dunia Kelab iaitu Chelsea yang mendahului terlebih dahulu di Stamford Bridge terpaksa akur dengan kebangkitan Brighton apabila tewas 1-3.
Daripada enam aksi, The Blues mencatatkan dua kemenangan, dua kali seri dan tewas ketika ini untuk berada di tangga kelapan liga.Dalam pada itu, satu lagi pasukan yang mengalami nasib sama adalah Manchester United yang tumbang 1-3 kepada Brentford sekali gus menafikan misi meraih kemenangan kedua berturut-turut di bawah kendalian Ruben Amorim.
United jatuh ke tangga ke-14 ketika ini dengan hanya mengutip tujuh mata selepas enam perlawanan, manakala Brentford di kedudukan ke-13.

Pemain Brighton & Hove Albion dan Chelsea bertelingkah ketika perlawanan EPL berlangsung di Stamford Bridge, London, Britain, 27 Sept 2025. REUTERS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami