awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lagi 6 kontena e-waste seberat 158 tan ditahan di Pelabuhan Klang
PDRM pergiat usaha jejak saki-baki Geng Kapten Praba
Dokumentari "Itui suli-suli Bajau!" angkat kisah komuniti Bajau Laut Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Manchester United berpesta sambut kemenangan pertama

Astro Arena
Astro Arena
31/08/2025
04:31 MYT
EPL: Manchester United berpesta sambut kemenangan pertama
Gol kemenangan hadir pada masa kecederaan melalui sepakan penalti Bruno Fernandes selepas semakan VAR. - Stadium Astro
GOL sepakan penalti Bruno Fernandes pada lewat permainan memastikan Manchester United menuju ke waktu rehat antarabangsa dengan kemenangan pertama musim ini.

Ringkasan AI
  • Manchester United menang 3-2 ke atas Burnley di Old Trafford untuk meraih kemenangan pertama musim ini dalam EPL.
  • Gol kemenangan hadir pada masa kecederaan melalui sepakan penalti Bruno Fernandes selepas semakan VAR.
  • Perlawanan berlangsung sengit dengan dua kali Burnley menyamakan kedudukan, sebelum United memastikan tiga mata penuh.

Ia selepas The Red Devils memastikan tiga mata pertama diraih mereka dengan menewaskan Burnley 3-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford lewat malam tadi.
The Red Devils terlebih dahulu berada di depan seawal minit ke-27 apabila pemain tengah Burnley, Josh Cullen, terjaring bola ke gawang sendiri.
Bagaimanapun, mereka kemudian kehilangan khidmat Matheus Cunha berselang empat minit gara-gara kecederaan.
10 minit selepas babak kedua bersambung, Burnley menyamakan kedudukan hasil jaringan Lyle Foster tetapi kedudukan itu hanya bertahan selama dua minit sebelum Bryan Mbeumo kembali meletakkan United di depan selepas menerima lintangan Diogo Dalot.
Tiada keselesaan diberikan Burnley buat United. Jaidon Anthony menyamakan kedudukan pada minit ke-66 susulan satu situasi kelam-kabut di depan gawang tuan rumah.
Ketika United kelihatan akan sekali lagi kempunan tiga mata, mereka dihadiahkan sepakan penalti selepas video bantuan pengadil (VAR) mendapati Amad Diallo ditarik jatuh pertahanan lawan.
Kesempatan itu dimanfaatkan sepenuhnya ketua pasukan, Fernandes, untuk menjaringkan gol kemenangan United dalam waktu kecederaan. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Manchester United
#EPL
#Liga Perdana Inggeris
#Burnley
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan