awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Mason Greenwood dibebaskan daripada kesemua pertuduhan

Astro Arena
Astro Arena
03/02/2023
02:00 MYT
EPL: Mason Greenwood dibebaskan daripada kesemua pertuduhan
Greenwood didakwa pada Okt 2022 dengan satu pertuduhan cubaan merogol, satu pertuduhan kelakuan mengawal dengan paksaan dan satu pertuduhan serangan yang menyebabkan kecederaan. - Foto Astro ARENA
PROSIDING jenayah terhadap penyerang Manchester United, Mason Greenwood, kini dihentikan, demikian disahkan Crown Prosection Service (CPS).
Pemain berusia 21 tahun itu diberkas pada Januari tahun lalu dan sepatutnya menghadapi perbicaraan pada November depan atas dakwaan cubaan merogol, menyerang dan tindakan mengawal dengan paksaan.
Bagaimanapun, CPS malam tadi mengesahkan bahawa kesemua pertuduhan itu kini digugurkan.
Satu kenyataan yang dikeluarkan CPS berkata: "Mason Greenwood didakwa pada Oktober 2022 dengan satu pertuduhan cubaan merogol, satu pertuduhan kelakuan mengawal dengan paksaan dan satu pertuduhan serangan yang menyebabkan kecederaan.
"Keputusan telah dibuat untuk menghentikan pendakwaan itu berdasarkan Kod Pendakwa Raya."
Jurucakap CPS berkata: "Kami memiliki kewajipan untuk memastikan kes ini disemak secara berterusan.
"Dalam kes ini, kombinasi penarikan diri saksi utama dan bukti baru yang diperoleh menunjukkan tiada lagi proses pensabitan yang realistik.
"Dalam keadaan ini, kami bertanggungjawab untuk menghentikan kes ini.
"Kami telah menjelaskan mengenai keputusan ini kepada kesemua pihak.
"Kami sentiasa menggalakkan agar mana-mana mangsa yang berpotensi agar tampil dan membuat laporan kepada polis dan kami akan melakukan pendakwaan mengikut mana-mana laras undang-undang yang bersesuaian," katanya.
Kali terakhir Greenwood mewakili United adalah ketika menewaskan West Ham 1-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 22 Januari tahun lalu sebelum digantung kelab berkenaan.
Topic Berkaitan
#Mason Greenwood
#Manchester United
#EPL
#cubaan rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan