SUKAN
EPL: "Mereka ada masalah, kebimbangan penjaga gol terus hantui Man United"

Amorim (kiri) memilih Altay Bayindir berbanding Andre Onana yang sudah cergas semula, namun kesilapan awal penjaga gol Turki itu menjadi punca utama kekalahan 1-0 di tangan Arsenal di Old Trafford.
RUBEN Amorim membuat percaturan besar di posisi penjaga gol pada dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Arsenal di Old Trafford awal pagi tadi.
Bagi kebanyakan pemerhati, ia ternyata memakan diri.
Pengendali Manchester United itu memilih Altay Bayindir berbanding Andre Onana yang sudah cergas semula, namun kesilapan awal penjaga gol Turki itu menjadi punca utama kekalahan 1-0 di tangan Arsenal di Old Trafford.
Masa depan Onana di kelab masih menjadi perbincangan hangat sepanjang musim panas ini.Walaupun Amorim terus mempertahankan barisan penjaga golnya, posisi nombor satu United kembali dipersoalkan.
Seorang pegawai United sebelum ini mengakui hakikat sebenar proses pembinaan semula pasukan.
“Kalau kita beli penyerang, orang akan tanya kenapa tidak beli pemain tengah. Kalau kita beli pemain tengah, mereka akan tanya kenapa tidak dapatkan penjaga gol. Kita tidak boleh buat semua sekali gus.”
Hakikatnya, United memilih untuk menumpukan perbelanjaan £200 juta musim panas ini kepada jentera serangan yang dirasakan paling perlu diperkukuh.
Hasilnya, barisan depan United kelihatan lebih berbahaya berbanding musim lalu – dengan gaya permainan penuh semangat Matheus Cunha mencuri hati penyokong, manakala Bryan Mbeumo menunjukkan kualiti yang membolehkannya menjaringkan 20 gol liga bersama Brentford musim 2024-25.
Namun, meskipun serangan lebih bertenaga, kegagalan mencari gol penyamaan akhirnya dibayangi oleh kesilapan Bayindir. Penjaga gol itu gagal menepis kemas sepakan sudut Declan Rice pada minit ke-13, sebaliknya hanya menolak bola ke arah garisan gol sebelum disambar Riccardo Calafiori untuk jaringan tunggal perlawanan. - Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami