awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Penggantungan Van Dijk ditambah berserta denda

Astro Arena
Astro Arena
09/09/2023
04:30 MYT
EPL: Penggantungan Van Dijk ditambah berserta denda
Pemain Liverpool Virgil van Dijk dilayangkan kad merah ketika perlawanan menentang Newcastle United di St James' Park. - Foto AP
KAPTEN Liverpool, Virgil van Dijk, dikenakan tambahan penggantungan satu perlawanan dan denda sebanyak £100,000 (RM582,925.26) selepas mengaku bersalah berkelakuan tidak wajar ketika dilayangkan kad merah sewaktu menentang Newcastle United.
Pemain kebangsaan Belanda itu diarahkan keluar padang kerana mengasari Alexander Isak dalam separuh masa pertama ketika meraih kemenangan 2-1 di St. James' Park pada 27 Ogos lalu tetapi dia pada awalnya enggan meninggalkan padang dan kemudian bertelagah dengan pengadil, John Brooks.
Penggantungan satu perlawanan yang dikenakan sebelum ini menyaksikan pertahanan tengah itu tidak dapat beraksi ketika Liverpool menewaskan Aston Villa 3-0 sebelum waktu rehat antarabangsa dan dia kini akan menjalani penggantungan tambahan, sekali gus terlepas kunjungan ke laman Wolves pada 19 September ini.
Kenyataan rasmi yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak England (FA) berkata: "Virgil van Dijk telah digantung satu perlawanan dan didenda £100,000 kerana melanggar Peraturan FA E3.1 semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool menentang Newcastle, pada Ahad, 27 Ogos lalu.
"Pemain pertahanan itu mengakui bahawa dia bertindak dengan secara tidak wajar dan menggunakan kata-kata kesat dan menghina terhadap pegawai perlawanan selepas dibuang padang pada minit ke-29, dan hukuman berkenaan kemudiannya telah diputuskan oleh suruhanjaya kawal selia bebas." - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Virgil Van Dijk
#EPL
#kad merah
#denda
#Liverpool
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan