awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Penyokong United tampar Jack Grealish diheret ke mahkamah

Astro Arena
Astro Arena
08/04/2025
05:45 MYT
EPL: Penyokong United tampar Jack Grealish diheret ke mahkamah
Grealish tidak mengalami kecederaan serius berikutan serangan itu. - Stadium Astro
SEORANG lelaki telah ditangkap dan didakwa menampar Jack Grealish ketika perlawanan derby Manchester.
Pemain tengah Manchester City itu keluar dari padang berikutan keputusan seri 0-0 Ahad lalu apabila dia ditegur oleh seorang penyokong di bahagian bawah Stretford End.
Dalam situasi yang mengejutkan, Grealish kemudiannya diserang -- mencetuskan siasatan polis.
Seorang lelaki berusia 20 tahun kemudiannya didakwa melakukan serangan dan akan dihadapkan di hadapan majistret Manchester Julai ini.
Grealish tidak mengalami kecederaan serius berikutan serangan itu. Dia masuk menggantikan Ilkay Gundogan pada minit ke-74.
Kedua-dua City dan United enggan mengulas mengenai insiden yang berada dalam siasatan. United difahamkan bekerjasama rapat dengan polis.
Jurucakap Polis Greater Manchester berkata, "Alfie Holt, berusia 20 tahun, dari Haven Drive, Droylsden, telah didakwa dengan serangan. Dia akan hadir di Mahkamah Majistret Manchester.
"Tuduhan itu berkaitan dengan insiden yang berlaku di Old Trafford semalam."
Insiden itu berlaku pada penghujung permainan di mana Phil Foden dari City tidak henti-henti dicemuh oleh penyokong tuan rumah.
Selepas perlawanan itu, pengendali City, Pep Guardiola berkata, laungan menghina tentang keluarga perancang England itu menunjukkan 'tindakan tidak bermoral'. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#tampar Jack Grealish
#penyokong Manchester United
#Manchester City
#ditahan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan