awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester

Astro Arena
Astro Arena
27/12/2024
03:10 MYT
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Mohamed Salah (depan) mengawal bola sambil diikuti rapat pemain lawan Victor Kristiansen ketika perlawanan EPL antara Liverpool dan Leicester City di Stadium Anfield, Liverpool, 26 Dis 2024. (Foto AP)
LIVERPOOL 3 LEICESTER CITY 1
Liverpool melebarkan penguasaan di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada tujuh mata apabila bangkit menewaskan Leicester City 3-1 di Anfield awal pagi tadi.
Jordan Ayew terlebih dahulu membuka jaringan buat pelawat seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran pada Hari Boxing.
Andrew Robertson dan Mohamed Salah kemudian melakukan percubaan yang terkena tiang gol sebelum Liverpool menyamakan kedudukan pada penghujung separuh masa pertama hasil jaringan Cody Gakpo.
Curtis Jones meletakkan tuan rumah di depan pada awal babak kedua dengan menolak masuk bola daripada lintangan Alexis Man Allister sebelum Salah memastikan kemenangan itu dengan jaringannya pada minit ke-82.
Pemain kebangsaan Mesir itu melakukan larian ke dalam kawasan penalti lawan sebelum melakukan penyudah, yang merupakan jaringannya yang ke-100 dalam saingan EPL di laman sendiri dan yang ke-16 dilakukannya dalam saingan liga musim ini.
Pun begitu, kelebihan Liverpool di puncak EPL berkemungkinan akan berkurangan kepada enam mata selepas pertemuan Arsenal dan Ipswich Town di Stadium Emirates awal pagi esok.
#bola sepak#Leicester City#Liverpool#Mohamed Salah#EPL#Liga Perdana Inggeris
Topic Berkaitan
#EPL
#Liga Perdana Inggeris
#Liverpool
#Leicester City
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan