awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penantian tujuh beradik miliki kad pengenalan berakhir
Apple Vision Pro hanya terjual 45,000 unit pada suku akhir 2025
Pendekatan WEL angkat graduan IUC ke pasaran kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Euro 2016: AS keluarkan amaran serangan pengganas

Agensi
Agensi
01/06/2016
00:38 MYT
Euro 2016: AS keluarkan amaran serangan pengganas
Ancaman keselamatan berkenaan juga mewujudkan kesangsian berhubung keperluan untuk meneruskan atau membatalkan Euro 2016. - Gambar fail
KEJOHANAN Euro 2016 yang akan membuka tirainya sembilan hari lagi mungkin jadi sasaran serangan pengganas.
Perkara itu dimaklumkan Jabatan Negara Amerika Syarikat yang secara rutin mengeluarkan amaran perjalanan kepada warganya bagi risiko jangka masa singkat.
Amaran perjalanan terbaru ini bagaimanapun adalah yang ketiga bagi benua Eropah dalam tempoh 20 tahun.
Jelas Jabatan Negara, serangan kemungkinan mensasarkan lokasi tumpuan pelancong, restoran, pusat komersil dan venue kejohanan besar seperti Euro 2016.
Jumlah kemasukan pelancong yang tinggi ke Eropah sempena cuti musim panas, juga menyebabkan ia terus jadi perhatian pengganas.
Kejohanan Euro 2016, acara bola sepak kedua terbesar selepas Piala Dunia akan menampilkan 24 pasukan dengan 51 perlawanan di 10 venue di seluruh Perancis.
Antara venue utama adalah di Saint Dennis, Marseilles, Lyon dan Lille.
Perancis pernah mengisytiharkan darurat susulan serangan pengganas pada November tahun lalu di Paris, yang menyebabkan 130 orang maut.
Amaran berhubung serangan pengganas ketika Euro 2016 ini bukanlah yang pertama.
Serangan berkembar di Brussels Mac lalu, turut menimbulkan kebimbangan berhubung tahap keselamatan di Eropah, khususnya menjelang acara sukan besar seperti Euro 2016.
Insiden mengorbankan 34 nyawa itu memberi memberi petunjuk keperluan kawalan keselamatan dipertingkat bagi mengelak tragedi tidak diingini.
Ancaman keselamatan berkenaan juga mewujudkan kesangsian berhubung keperluan untuk meneruskan atau membatalkan Euro 2016.
Bagaimanapun, Badan Induk Bola Sepak Eropah, UEFA dalam satu kenyataan memaklumkan ia akan terus memantau tahap risiko kejohanan berkenaan.
Topic Berkaitan
#Badan Induk Bola Sepak Eropah
#Euro 2016
#jabatan negara
#Lille
#Lyon
#Marseilles
#Saint Dennis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan