awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Euro 2020: Bale tinggalkan sesi temubual selepas Wales tersingkir

Astro Arena
Astro Arena
26/06/2021
22:42 MYT
Euro 2020: Bale tinggalkan sesi temubual selepas Wales tersingkir
Reaksi Gareth Bale selepas Denmark menjaringkan gol ketika perlawanan Euro 2020 pusingan 16 antara Wales dan Denmark, di Johan Cruyff Arena, Amsterdam, Belanda, 26 Jun, 2021. (Foto AP)
GARETH Bale enggan menjawab pertanyaan mengenai masa depannya setelah Wales tersingkir daripada Euro 2020 dengan kekalahan 4-0 di tangan Denmark.
Kasper Dolberg meledak dua gol sebelum dua jaringan daripada Joakim Maehle dan Martin Braithwaite membenarkan Denmark melangkah ke suku akhir dengan kemenangan bergaya di Amsterdam.
Ia merupakan pertama kali Wales mengalami kekalahan berturut-turut dalam kejohanan utama -- selepas tewas kepada Itali dalam peringkat kumpulan -- skuad kendalian Robert Page terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas Harry Wilson dilayang kad merah.
Kekalahan Wales itu sekaligus membenarkan Denmark sebagai pasukan pertama meraih kemenangan dengan empat jaringan atau lebih dalam dua perlawanan berturut-turut dalam sejarah Kejuaraan Eropah.
Bale berjaya yang menguji benteng pertahanan lawan di awal permainan sebelum pertukaran taktikal yang dilakukan jurulatih Denmark, Kasper Hjulmand menyaksikan pasukannya turut beraksi cemerlang sebelum merakamkan kemenangan, dengan lawan seterusnya antara Belanda atau Republik Czech di Baku Sabtu hadapan.
Pemain berusia 31 tahun itu -- yang akan kembali ke Real Madrid setelah menghabiskan tempoh pinjaman di Tottenham --mengatakan sebelum kejohanan bahawa dia telah membuat keputusan mengenai masa depannya, walaupun dia tidak akan mengungkapkannya sehingga kempen Wales selesai berakhir.
Namun, diminta untuk memperluasnya dalam temu bual dalam BBC Sport berikutan kekalahan Wales, Bale segera berjalan keluar menuju ke bilik persalinan.
Topic Berkaitan
#Gareth Bale
#Euro 2020
#temu bual
#BBC Sport
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan