awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Euro 2020: Eriksen beri pesanan dalam kumpulan WhatsApp Inter - Marotta

Astro Arena
Astro Arena
13/06/2021
01:53 MYT
Euro 2020: Eriksen beri pesanan dalam kumpulan WhatsApp Inter - Marotta
Anggota paramedik membawa Christian Eriksen keluar dari padang selepas dia tumbang secara tiba-tiba ketika perlawanan Euro 2020 Kumpulan B antara Denmark dan Finland di stadium Parken, Copenhagen, Denmark, 12 Jun, 2021. (Foto AP)
CHRISTIAN Eriksen telah menghubungi rakan sepasukannya di Inter Milan dalam proses pemulihannya selepas tumbang ketika mewakili Denmark menentang Finland dalam Euro 2020," kata ketua pegawai eksekutif kelab itu, Giuseppe Marotta.
Eriksen mencetus kebimbangan apabila secara tiba-tiba tumbang tanpa sebarang sentuhan pemain di sekelilingnya sebelum separuh masa perlawanan pembukaan Kumpulan B di Copenhagen, di mana rakan sepasukannya membina tembok perilindungan ketika pasukan perubatan sedang berusaha menyelamatkannya.
Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) pada awalnya mengumumkan penundaan perlawanan itu sebelum mendapat perkhabaran positif daripada Kesatuan Bolasepak Denmark bahawa Eriksen sudah sedar dan sedang menerima rawatan lanjut di hospital.
Perlawanan itu kemudian diteruskan dengan Finland memperoleh kemenangan 1-0 dalam penampilan pertama kejohanan utama mereka tetapi kejayaan bersejarah itu ditenggelami dengan insiden ngeri yang menimpa Eriksen.
Marotta memberikan perkhabaran baik mengenai perkara itu apabila mendedahkan bahawa bekas bintang Tottenham berkenaan sudah menghantar pesanan kepada rakan sepasukannya menerusi kumpulan WhatsApp Inter.
"Kami menyaksikannya di TV dan berasakan sesuatu yang dramatik telah berlaku, di mana ia sesuatu yang malang dan pernah disaksikan kami di Itali sebelum ini," kata Marotta kepada Rai Sport seperti yang diterjemahkan Football Italia.
"Pemain-pemain kami amat rapat dan kami semua segera berhubung sesama sendiri selepas menyaksikan insiden itu. Kami tidak mahu terlalu invasif dan mencuba untuk menghormati proses pemulihannya sehingga kami mendapat maklumat sebenar.
"Saya boleh katakan bahawa lebih kurang 10 minit lalu, Eriksen sendiri sudah menghantar pesanan dalam kumpulan kami dan ia menunjukkan betapa kuat hubungan sesama pemain kami."
Ditanya mengenai perkembangan kesihatan Eriksen, Marotta menambah: "Kami optimis dengan keadaan Christian, staf di Denmark memaklumkan kepada kami bahawa situasinya terkawal.
"Saya tidak boleh masuk campur, pemain itu di bawah seliaan pasukan kebangsaan Denmark. Perkara terbaik yang saya boleh maklumkan kepada anda adalah Eriksen memberikan respons dengan positif, urusan (Simon) Kjaer dan doktor amat penting," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Giuseppe Marotta
#Christian Eriksen
#inter milan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan