GARETH SOUTHGATE menegaskan bahawa Declan Rice dan Kalvin Phillips tidak akan gentar dengan jentera tengah Itali, sambil menegaskan kedua-dua pemain tengahnya itu telah beraksi dengan baik ketika berdepan Luka Modric dan Toni Kroos.
Itali mendapat pujian menggunung berdasarkan prestasi mereka dalam Euro 2020, di mana mereka turut melebarkan rekod tanpa kalah kepada 33 perlawanan berturut-turut dalam laluan ke final itu.
Ramai yang memuji kekuatan jentera tengah Itali yang dibarisi Nicolo Barella, Jorginho dan Marco Verratti berdasarkan persembahan mereka dalam membawa Azzurri ke final tetapi Southgate berasakan dia memiliki pemain dengan kekuatan tesendiri untuk menguasai bahagian itu.
"Saya fikir apabila anda melatih sesuatu pasukan, anda memerhatikan segala-galanya dan anda memilih informasi yang berguna untuk pemain anda, bukannya membanjiri mereka dengan terlalu banyak informasi, untuk mengadaptasi permainan dengan kekuatan kami dan menegaskan potensi kelemahan," kata Southgate kepada wartawan menjelang final pertama England dalam kejohanan utama sejak 55 tahun lalu.
"Sudah pasti terdapat pemain yang hebat dalam pasukan Itali, mereka mempunyai perancangan taktikal yang bagus, jurulatih berpengalaman dan rekod yang luar biasa dalam 30 perlawanan setakat ini, kami amat jelas mengenainya.
"Tetapi pemain seperti dua pemain tengah kami (Rice dan Phillips), mereka telah melangkaui pengalaman mereka dalam kejohanan ini dan mereka juga sudah menentang Loka Modric dan Toni Kroos, jadi mereka telah menyesuaikan diri dengan cara permainan pemain tengah terhebat di Eropah dan mereka melakukannya dengan amat hebat.
"Kami berbeza, kami mempunyai kekuatan tersendiri, cara permainan tersendiri, di mana ia membantu kami mengeluarkan kekuatan pemain.
"Itulah keindahan bola sepak, setiap pasukan memiliki kekuatan yang berbeza. Kami mencuba untuk bermain dengan cara kami dan menyesuaikannya dengan cara kami dan kami perlu meneruskannya (dalam final)," katanya.
Astro Arena
Sun Jul 11 2021
Declan Rice dan Kalvin Phillips tidak akan gentar dengan jentera tengah Itali. - Stadium Astro
IRC 2024 tarik 800 penyertaan fokus tangani isu inovasi keselamatan digital
Perkongsian peserta yang terdiri daripada pengawal selia dan pakar bidang subjek adalah penting.
[KOLUMNIS] SPRM dan kes berprofil tinggi: Ke mana sudahnya?
Amalan tadbir urus yang baik demi kepentingan awam adalah lebih penting daripada jawatan yang dipegang. Namun, bila agaknya ahli politik di negara ini boleh mengikut prinsip sedemikian rupa?
Polis tahan lelaki bantu siasatan kes simbah asid Faisal Halim
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek diberkas di Pandan Indah, Ampang.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.7330/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 pada Jumaat lepas.
Jualan kenderaan terima kesan akibat pemotongan subsidi, segmen M40 diramal paling terjejas - RHB Investment
Katanya, kumpulan berpendapatan rendah masih dijangka menerima subsidi manakala golongan berpendapatan tinggi mungkin tidak begitu terkesan.
Ambil contoh kelulusan sehari di Arab Saudi - PM
Anwar berkata, kecekapan dan kepantasan memberi kelulusan segera itu seterusnya membolehkan negara berkenaan melonjak tinggi.
Penjualan kepentingan BHIC dalam syarikat kontraktor LCS kini bertukar menjadi 'tanpa syarat'
Dengan kelulusan pemegang saham, semua syarat terdahulu seperti yang dinyatakan dalam SSA telah dipenuhi, kata BHIC.
Menteri, ketua jabatan perlu kemuka nama kampung minggu depan
Anwar berkata, pendekatan yang diperkenal bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh rakyat tidak boleh memakan masa yang lama.
Anwar dijadual adakan pertemuan dalam talian dengan Google hari ini
Tanpa menyatakan butiran lanjut mengenai isu yang akan dibincangkan, beliau berkata Malaysia terus mendapat minat daripada pelabur asing.
Lapan termasuk kanak-kanak, bayi cedera, kereta terbabas di lebuh raya PLUS
Kesemua mangsa menaiki kereta jenis Proton Exora yang telah terbalik di sisi kanan dalam kemalangan di lebuh raya PLUS awal pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.