BIARPUN muncul pemain terbaik England sepanjang tiga perlawanan terakhir Euro 2020, Luke Shaw dilaporkan menghadapi perlawanan menentang Ukraine, Denmark dan Itali itu dengan tulang rusuk yang patah.
Pertahanan kiri itu merupakan sebahagian daripada skuad bimbingan Gareth Southgate yang tewas kepada Itali dalam penentuan sepakan penalti final Euro 2020 tetapi dia dikhabarkan terpaksa beraksi dalam kesakitan sejak patah beberapa tulang rusuknya sewaktu menentang Jerman dalam pusingan 16.
Berdasarkan laporan Telegraph, Manchester United kini sedang menantikan penilaian tahap kecederaan pertahanan kiri mereka itu -- yang menjaringkan gol terpantas dalam final Kejohanan Eropah sejak 1964 -- menjelang musim depan.
Bekas produk akademi Southampton itu amat menyerlah dalam Euro 2020 dengan menjana tiga bantuan jaringan daripada enam perlawanan sebelum menjaringkan satu gol ketika mengatasi Gianluigi Donnarumma dalam final.
Dia juga mempamerkan kecemerlangannya dalam saingan domestik musim lalu dengan mencipta 72 peluang dan hanya Bruno Fernandes merupakan pemain United lain yang mempunyai rekod lebih baik (95).
The Red Devils kini perlu menunggu keputusan mengenai tahap kecederaan Shaw -- yang berpotensi menjadi satu lagi masalah besar selepas Euro 2020 berikutan Marcus Rashford juga menjalani pembedahan bahu.
Astro Arena
Wed Jul 21 2021
Aksi Luke Shaw selepas menjaringkan gol pembukaan ketika perlawanan final Euro 2020 antara England dan Itali di Stadium Wembley, London, 11 Julai, 2021. (Foto AP)
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Piala FA: Manchester United sambut kepulangan Harry Maguire, Luke Shaw dalam skuad utama
Skuad kendalian Erik ten Hag telah mengharungi musim mengecewakan di sebalik berdepan masalah kecederaan.
Euro 2020: Shaw rupanya beraksi dengan patah rusuk
Pertahanan kiri itu terpaksa beraksi dalam kesakitan sejak patah beberapa tulang rusuknya sewaktu menentang Jerman dalam pusingan 16.
Itali juara Euro 2020, tewaskan England menerusi tendangan penalti
Itali berjaya menjulang piala Euro 2020 menerusi tendangan penalti setelah seri 1-1 dalam perlawanan akhir menentang England sebentar tadi.
Euro 2020: Shaw semakin bagus dalam setiap perlawanan, kata Mourinho
Jose Mourinho memberikan pujian buat Luke Shaw berikutan aksi terpuji yang dipamerkan ketika membantu England menewaskan Ukraine.
Solskjaer bawa saya ke tahap yang lebih tinggi - Shaw
Shaw telah menjadi salah satu pemain terbaik United musim ini dan kembali ke peringkat antarabangsa untuk pertama kalinya dalam tempoh dua tahun.
Bila Manchester United akan pecat Jose Mourinho?
Jose Mourinho dan Paul Pogba tidak akan kekal di Manchester United. - Stan Collymore.
Mourinho tidak pasti masa depan Pogba
Pogba, 25, dikaitkan dengan jalan keluar dari Old Trafford tatkala gergasi LaLiga, Barcelona, menunjukkan minat buat pemain yang bersama United sejak meninggalkan Juventus, dua tahun lalu.
"Kenapa selalu salahkan aku?" Shaw dan Mourinho 'bertekak' di bilik persalinan
Shaw merasakan dirinya tidak dilayan sewajarnya oleh Mourinho. Serba-serbi tidak kena di mata pengurus Manchester United itu.
Mourinho: Setiap pemain ada nilainya
Henrikh Mkhitaryan dan Luke Shaw merupakan antara pemain yang dikaitkan dengan perpindahan selepas bergelut untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama musim ini.
Shaw tidak sabar beraksi di bawah kendalian Mourinho
Pemain pertahanan itu mengalami kecederaan patah kaki ketika berdepan PSV dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, September tahun lalu.