awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EURO 2024: Dua gol Merih Demiral pacu Turkiye ke suku akhir tewaskan Austria

Astro Arena
Astro Arena
02/07/2024
23:10 MYT
EURO 2024: Dua gol Merih Demiral pacu Turkiye ke suku akhir tewaskan Austria
Merih Demiral menjadi watak penting dalam memacu Turkiye melangkah ke pusingan suku akhir EURO 2024 selepas dua jaringannya mencetuskan kemenangan 2-1 dalam aksi yang berlangsung di Arena Red Bull, Leipzig. - Stadium Astro/Agensi
MERIH Demiral menjadi watak penting dalam memacu Turkiye melangkah ke pusingan suku akhir EURO 2024 selepas dua jaringannya mencetuskan kemenangan 2-1 dalam aksi yang berlangsung di Arena Red Bull, Leipzig, awal pagi tadi.
Separuh masa pertama berakhir dengan Austria ketinggalan 0-1 selepas rembatan Merih Demiral pada minit pertama menewaskan Patrick Pentz untuk memberikan Turkiye kelebihan satu gol di hadapan.
Incredible.
Türkiye face Netherlands in Berlin next #EURO2024 | #AUTTUR pic.twitter.com/FKv6Dyaqlg
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) July 2, 2024
Masuk babak kedua, Merih Demiral sekali lagi menambah koleksi jaringan bersama Turkiye selepas menanduk masuk bola hasil daripada sepakan penjuru yang dihantar kemas oleh Arda Guler pada minit ke-59.
Begitupun, kerja keras anak buah Ralf Rangnick pada minit ke-66 membuahkan hasil selepas pemain gantian, Michael Gregoritsch, menjaringkan gol pertama buat Austria yang juga melalui sepakan penjuru sekali gus merapatkan jurang perbezaan jaringan.
Beberapa serangan yang diatur Austria untuk mencari jaringan penyamaan tidak berjaya susulan barisan pertahanan Turkiye yang lebih agresif menjaga gawang daripada dibolosi.
Malah, peluang terakhir Austria hadir pada minit terakhir perlawanan melalui tandukan bebas tetapi Mert Günok cemerlang menafikan percubaan itu.
TURKEY BEAT AUSTRIA TO ADVANCE TO THE EURO QUARTERFINALS FOR THE FIRST TIME SINCE 2008 NETHERLANDS VS. TURKEY ON SATURDAY pic.twitter.com/cS24CmE0NQ
— ESPN FC (@ESPNFC) July 2, 2024
Skuad kendalian Vincenzo Montella bakal berdepan cabaran Belanda dalam pusingan suku akhir EURO 2024 pada 7 Julai nanti. - Stadium Astro
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini EURO 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Euro 2024
#Merih Demiral
#Turkiye
#austria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan