EURO 2024: England, Belanda elak bertembung selepas Georgia singkir Hungary

The Three Lions dan Oranje mengesahkan kelayakan ke pusingan 16 selepas perlawanan terakhir peringkat kumpulan masing-masing awal pagi semalam. - Foto Stadium Astro
	ENGLAND akan bertemu Slovakia dan Belanda akan menghadapi Romania dalam pusingan 16 EURO 2024 selepas Hungary tersingkir dariada kejohanan itu awal pagi tadi.
	
	The Three Lions dan Oranje mengesahkan kelayakan ke pusingan 16 selepas perlawanan terakhir peringkat kumpulan masing-masing awal pagi semalam tetapi identiti lawan yang akan dihadapi mereka hanya diketahui awal pagi tadi.
	
	Pada awalnya, kedua-dua pasukan gergasi Eropah itu kelihatan akan bertembung sesama sendiri dalam pusingan 16, di mana Belanda, yang menamatkan saingan awal di tempat ketiga Kumpulan D, berpotensi untuk bertemu juara Kumpulan C, England.
	
	Bagaimanapun, kemenangan mengejutkan Georgia ke atas Portugal mengubah pertemuan itu untuk Hungary tersingkir daripada kelompok empat pasukan di tangga ketiga terbaik.
	
	Sepanyol, yang merupakan satu-satunya pasukan dengan rekod 100 peratus kemenangan dalam edisi kali ini, akan bertemu Georgia, manakala Portugal pula dijadualkan untuk bertemu Slovenia.
	
	Perlawanan pusingan 16 EURO 2024:
	
	Switzerland lwn Itali
	Jerman lwn Denmark
	England lwn Slovakia
	Sepanyol lwn Georgia
	Perancis lwn Belgium
	Portugal lwn Slovenia
	Romania lwn Belanda
	Austria lwn Turkiye
	
	*Artikel disiarkan di Stadium Astro
	 

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

