awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Evan disambut baik di Selangor

Astro Arena
Astro Arena
08/01/2018
14:00 MYT
Evan disambut baik di Selangor
Ternyata kebimbangan Evan meleset kerana kehadiran pemain itu sememangnya dinanti-nantikan pasukan bimbingan P. Maniam itu selain penyokong setia pasukan. - Foto Stadium Astro
PEMAIN import Selangor, Evan Dimas Darmono, sukar membayangkan betapa baik penerimaan skuad The Red Giants terhadap kehadirannya sambil mengakui hal itu menjadi perkara utama yang difikirkannya sebelum tiba di Malaysia.
Ternyata kebimbangan Evan meleset kerana kehadiran pemain itu sememangnya dinanti-nantikan pasukan bimbingan P. Maniam itu selain penyokong setia pasukan.
Walaupun urusan perpindahan mereka ke Selangor melewati pelbagai kontroversi, namun itu tidak merencatkan harapan pasukan dan penyokong yang mahu melihat Selangor lebih baik daripada musim lalu dengan kehadiran Evan dan juga rakan senegaranya, Ilham Udin Armaiyn.
"Tentu sekali saya malu. Pertamanya, saya cukup malu kerana menjadi pemain baru dan juga asing di sini, bagaimana untuk menyesuaikan diri.
"Alhamdulillah, keluarga Selangor cukup baik sekali. Saya senang di sini," katanya.
Evan berasakan segala-galanya lebih mudah untuk dia menyesuaikan diri selain kelibat Mohd Razman Roslan dan Mohd Amri Yahyah yang memang dikenalinya.
"Saya mengenali pemain senior Selangor seperti Amri dan Razman. Saya harap mereka boleh membimbing saya," katanya.
Terdahulu, Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) menimbulkan kegusaran terhadap persediaan skuad Indonesia dengan membayangkan Selangor sukar memberi pelepasan kepada mereka, terutama dalam Sukan Asia, Ogos depan.
Topic Berkaitan
#Evan Dmas Darmono
#Indonesia
#Mohd Amri Yahyah
#Mohd Razman Roslan
#Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia
#PSSI
#Selangor
#stadium astro
#Sukan Asia
#The Red Giants
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan