“AS soon as possible!!!” – ayat penegasan yang dikeluarkan oleh pihak F1 kepada Red Bull Racing (RBR) susulan dakwaan melanda prinsipal pasukan, Christian Horner yang berdepan tuduhan gangguan seksual ke atas staf wanita di dalam pasukan RBR.
Situasi ini menyebabkan pihak Formula 1 masuk campur dengan memberi tempoh buat RBR selesaikan kemelut melanda sebelum kontroversi ini menggangu persiapan pasukan menjelang kempen pembukaan di GP Bahrain pada awal Mac nanti.
Horner yang mula mengemudi pasukan RBR sejak 2005 menafikan dakwaan bahawa dia terlibat dengan insiden gangguan seksual ke atas pekerja wanita.
Namun, bagaimanapun, dia tetap menghormati proses siasatan dan akan terus memberi kerjasama, katanya ketika ditemui pada pelancaran jentera baru pasukan.
Hal ini turut mendapat perhatian rakan Kerjasama Red Bull Racing, pihak Ford yang mengharapkan isu ini diselesaikan secepat mungkin untuk mengelak sebarang tekanan yang mampu beri kesan negatif buat kedua-dua pihak.
Buat masa ini, pihak RBR sedang dalam persiapan menuju ujian pra musim di Bahrain pada 21 sehingga 23 Februari ini dan siasatan terperinci mengenai kes Horner ini sedang giat diperhalusi pihak terbabit.
Astro Arena
Mon Feb 19 2024
Horner menafikan dakwaan terlibat dengan insiden gangguan seksual ke atas pekerja wanita, namun dia tetap menghormati proses siasatan dan akan terus memberi kerjasama. - Foto Astro ARENA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
F1 beri kata dua buat Red Bull Racing!
Pihak Formula 1 masuk campur dengan memberi tempoh buat RBR selesaikan kemelut melanda sebelum ia mengganggu persiapan menjelang GP Bahrain.
Gangguan seksual: Perbicaraan kes Ebit Lew bermula 27 September - Bukit Aman
Perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan pendakwah, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew akan bermula dari 27 hingga 30 September depan di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah.