awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

F1: Oscar Piastri menang Grand Prix Miami

Astro Awani
Astro Awani
05/05/2025
00:00 MYT
F1: Oscar Piastri menang Grand Prix Miami
Pemandu McLaren dari Australia, Oscar Piastri, berdiri di atas kenderaannya selepas meraih kemenangan dalam Formula One Grand Prix Miami. - Foto AP
MIAMI: Pelumba McLaren, Oscar Piastri, meraih kemenangan keempatnya musim ini selepas menewaskan rakan sepasukan Lando Norris dalam perlumbaan Grand Prix Miami yang berlangsung pada Ahad.
Piastri, yang memulakan perlumbaan dari kedudukan keempat, berjaya mengatasi cabaran sengit daripada Norris dan George Russell dari Mercedes untuk menamatkan perlumbaan dengan kelebihan 4.6 saat di hadapan.
Juara dunia bertahan, Max Verstappen, yang bermula dari petak pertama, gagal menyaingi kepantasan dua jentera McLaren dan terkeluar daripada kedudukan tiga teratas.
Kemenangan ini menandakan kejayaan ketiga berturut-turut bagi Piastri, selepas kemenangan di Bahrain dan Arab Saudi, sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai pendahulu kejuaraan dunia dengan kelebihan 16 mata ke atas Norris.
Perlumbaan di Miami turut menyaksikan aksi dramatik apabila Norris terpaksa bangkit daripada insiden awal dengan Verstappen sebelum berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua.
Dengan prestasi cemerlang McLaren dalam beberapa perlumbaan terakhir, pasukan itu kini muncul sebagai pencabar utama dalam kejuaraan Formula 1 musim ini.
Topic Berkaitan
#F1
#Miami Grand Prix
#Oscar Piastri
#McLaren
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami