Pemandu Mercedes AMG Petronas F1 Team, Nico Rosberg mencatatkan masa pusingan terpantas dalam sesi latihan pertama Grand Prix (GP) F1 Malaysia Petronas 2016 di Litar Anatarabangsa Sepang hari ini.
Pelumba Jerman itu yang memenangi perlumbaan sebelum ini di Belgium, Itali dan Singapura, mencatatkan satu minit 35.227 saat untuk menamatkan pusingan sepanjang 5.543km itu.
Ketinggalan hanya 0.494 saat ialah rakan sepasukannya Lewis Hamilton daripada Britain manakala pemandu Scuderia Ferrari Kimi Raikkonen daripada Finland mencatatkan masa ketiga terpantas 1:36.315s.
Rekod masa pusingan terpantas 1:34.223s dipegang Juan Pablo Montoya yang dicatatnya pada 2004.
Sementara itu, kenderaan Kevin Magnussen daripada pasukan Renault terbakar ketika sedang dibawa keluar dari garaj sebelum bermulanya latihan bebas pertama pagi ini. -- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 30 2016
Pelumba Jerman itu yang memenangi perlumbaan sebelum ini di Belgium, Itali dan Singapura, mencatatkan satu minit 35.227 saat. - Foto fail EPA/DIEGO
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
F1: Rosberg catat masa pusingan terpantas dalam sesi latihan pertama
Pelumba Jerman itu yang memenangi perlumbaan sebelum ini di Belgium, Itali dan Singapura, mencatatkan satu minit 35.227 saat.