awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 4,000 wanita di Melaka jalani saringan ujian HPV DNA - Exco
Empat kanak-kanak maut, tiga cedera dalam perlanggaran lori-trisikal di Filipina
Pesta Sauk Sotong berpotensi jadi produk pelancongan baharu Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

F1: Verstappen lebar penguasaan selepas Leclerc kemalangan dalam GP Perancis

Astro Arena
Astro Arena
25/07/2022
01:30 MYT
F1: Verstappen lebar penguasaan selepas Leclerc kemalangan dalam GP Perancis
Max Verstappen berlari ke podium selepas memenangi F1 GP Perancis di litar lumba Paul Ricard, Le Castellet, Perancis, 24 Julai, 2022. (Foto AP)
MAX Verstappen melebarkan kelebihannya di kedudukan teratas kategori pemandu dengan 63 mata dengan menjuarai perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Perancis selepas Charles Leclerc mengalami kemalangan sewaktu mendahului perlumbaan malam tadi.
Insiden gagal menamatkan perlumbaan terbaru buat Leclerc menyaksikan impiannya untuk bergelar juara keseluruhan musim ini kian rapuh sambil Verstappen berkemungkinan besar akan selesa mempertahankan kejuaraannya.
Pelumba Belanda, Verstappen, menamatkan perlumbaan dengan 10 saat di depan Lewis Hamilton manakala George Russel pula menduduki tempat ketiga bagi memastikan Mercedes meraih kedudukan podium berganda buat kali pertama sepanjang musim ini.
Permulaan kukuh Hamilton penyaksikan dia memintas Sergio Perez dalam pusingan pembukaan dan membuatkan Verstappen dalam keadaan tertekan walaupun juara bertahan itu mengekalkan ketenangan untuk tidak dipintas.
Kelebihan Red Bull di laluan lurus menyaksikan Verstappen mengekori rapat Leclerc sepanjang 10 pusingan pertama tetapi dia tidak dapat melakukan gerakan memintas, di mana pendekatan agregif berkemungkinan akan memendekkan hayat tayarnya.
Verstappen merupakan pemandu di kelompok depan pertama masuk ke hentian pit dalam pusingan ke-16 untuk menukar tayar berkompaun keras sambil Leclerc kekal di litar sebagai menunjukkan bakal menggunakan strategi satu hentian pit tetapi ia jelas satu kesilapan yang menjejaskan peluangnya untuk bergelar juara keseluruhan hanya berselang dua pusingan.
Buat kali ketiga musim ini, Leclerc tidak dapat menamatkan perlumbaan selepas terlanggar dinding litar.
Kereta keselamatan kemudian dikeluarkan ketika Verstappen mendahului perlumbaan -- malang berganda buat Ferrari apabila Carlos Sainz dikenakan penalti lima saat berikutan tindakannya keluar daripada pit secara tidak selamat sewaktu kereta keselamatan masih di litar.
MAX VERSTAPPEN WINS IN FRANCE!!! A dominant display by the Dutchman who didn't put a foot wrong to take glory at Le Castellet #FrenchGP #F1 @Max33Verstappen @redbullracing pic.twitter.com/1SS1Xj13p1
— Formula 1 (@F1) July 24, 2022
Keputusan perlumbaan: 1. Max Verstappen (Red Bull) 2. Lewis Hamilton (Mercedes) +10.587 3. George Russell (Mercedes) +16.495 4. Sergio Perez (Red Bull) +17.310 5. Carlos Sainz (Ferrari) +28.872 6. Fernando Alonso (Alpine) +42.879 7. Lando Norris (McLaren) +52.026 8. Esteban Ocon (Alpine) +56.959 9. Daniel Ricciardo (McLaren) +60.372 10. Lance Stroll (Aston Martin) +62.549
Kedudukan kategori pemandu: 1. Max Verstappen (Red Bull) 233 2. Charles Leclerc (Ferrari) 170 3. Sergio Perez (Red Bull) 163 4. Carlos Sainz (Ferrari) 144 5. George Russell (Mercedes) 143
Kedudukan kategori pengeluar: 1. Red Bull 396 2. Ferrari 314 3. Mercedes 270 4. Alpine 93 5. McLaren 89
Topic Berkaitan
#Max Verstappen
#F1
#Grand Prix Perancis
#Charles Leclerc kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan