awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Facundo Garces benteng tengah baharu skuad Harimau Malaya

Bernama
Bernama
02/06/2025
22:50 MYT
Facundo Garces benteng tengah baharu skuad Harimau Malaya
Garces yang berusia 25 tahun bakal membawa kualiti, pengalaman dan kepimpinan yang besar kepada Harimau Malaya yang dalam rangka mengukuhkan pasukan selain menjadi skuad yang diimpikan rakyat Malaysia.
KUALA LUMPUR: Pemain pertahanan tengah, Facundo Garces pada Isnin diumumkan sebagai muka baharu yang menyertai skuad bola sepak kebangsaan kendalian ketua jurulatih Peter Cklamovski.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan memaklumkan, pemain berusia 25 tahun itu bakal membawa kualiti, pengalaman dan kepimpinan yang besar kepada Harimau Malaya yang dalam rangka mengukuhkan pasukan selain menjadi skuad yang diimpikan rakyat Malaysia.
"Garces pernah bermain di liga utama Argentina dan baru sahaja menamatkan musim bersama Deportivo Alaves di La Liga, selain telah melengkapkan segala keperluan pendaftaran dan kelayakan, dan kini tersedia untuk dipilih oleh Cklamovski.
"Beliau adalah seorang pemain yang berperwatakan hebat, pertahanan yang tenang serta memiliki personaliti dan pengalaman tinggi. Beliau sangat bersemangat untuk mewakili Malaysia dan membanggakan negaranya," menurut kenyataan itu.
Garces turut meluahkan keterujaannya untuk mewakili Malaysia.
"Menjadi sebahagian daripada pasukan kebangsaan ini adalah satu penghormatan luar biasa. Sejak tiba, saya telah merasai kehangatan, semangat kekeluargaan dan sokongan ikhlas daripada semua.
"Jika ini baru permulaan, saya tidak dapat bayangkan betapa hebatnya bila seluruh negara dan penyokongnya berdiri teguh bersama kami. Saya bersedia memberikan segala-galanya demi Malaysia," katanya.
Kenyataan itu memaklumkan, Garces telah menyertai kem latihan pasukan dalam jendela perlawanan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan layak untuk beraksi pada perlawanan Kumpulan F bagi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam, pada 10 Jun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#Facundo Garces
#FAM
#Kelayakan Piala Asia 2027
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan