Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengemukakan nama pemain bola sepak Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri bagi pencalonan Anugerah Puskas FIFA, selepas beliau melakukan jaringan 'luar biasa' mirip gol pemain Brazil, Roberto Carlos.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata beliau difahamkan FAM akan membuat pencalonan itu kepada FIFA minggu depan.

"Pencalonan untuk gol terbaik FIFA perlu dibuat persatuan kebangsaan iaitu FAM, dan saya dimaklumkan oleh Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Muhd Amin bahawa FAM akan buat pencalonan untuk gol Mohd Faiz itu," katanya.

BACA: Sepakan ajaib Faiz Subri: Tidak langgar hukum fizik, cuma teknik unik

BACA: Ramai lagi pakar sepakan percuma di Pulau Pinang - Faiz Subri

BACA: 11 fakta tentang Faiz Subri yang dapat jolokan 'Roberto Carlos Malaysia'

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Program 'Moh Bedil' di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini, hari ini.

Anugerah Puskas yang diperkenalkan FIFA pada 2009 ialah anugerah untuk gol terbaik daripada puluhan ribu jaringan gol sepanjang tahun.

Sepakan percuma Mohd Faiz itu mengembalikan ingatan peminat bola sepak kepada gol jaringan pemain Brazil, Roberto Carlos ketika menentang Perancis pada 1998.

BACA: Gol ajaib: Faiz Subri dapat insentif khas RM10,000

BACA: Gol ajaib Faiz Subri: Netizen 'tunjuk pandai' ketengah teori masing-masing

BACA: Faiz Subri padam jaringan unik Roberto Carlos - Mirror UK

Gol hasil sepakan percuma itu dilakukan Mohd Faiz dari jarak 35 meter, melencong masuk ke gawang gol ketika membantu Pulau Pinang menang 4-1 ke atas Pahang dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya pada Selasa lepas.

Dalam perkembangan lain, Khairy mengumumkan perancangan awal kementeriannya untuk membina rumah mampu milik bagi bekas atlet di Bukit Jalil dalam fasa kedua pembangunan Bandaraya Sukan Kuala Lumpur (KL Sports City).

kelengkapan yang dipakai Mohd Faiz ketika menjaringkan gol ala-ala Roberto Charlos itu akan dilelong pada harga permulaan sebanyak RM100,000.
Fasa pertama KL Sports City yang dilaksanakan syarikat Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) menerusi anak syarikatnya, Rukun Juang Sdn Bhd (RJSB), dijangka siap sebelum Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017.

"Mereka yang layak akan ditentukan oleh kementerian serta Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB)...projek ini (rumah mampu milik) mungkin dilaksanakan dalam masa tiga atau empat tahun akan datang," katanya.