awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAM bakal wujud unit khas kendali Harimau Malaya, B-23

Bernama
Bernama
07/10/2024
11:02 MYT
FAM bakal wujud unit khas kendali Harimau Malaya, B-23
Mohd Yusoff bercakap ketika sidang media selepas Mesyuarat ke-12 Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi Penggal 2021- 2025 di Wisma FAM hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak akan menswastakan pasukan Harimau Malaya sebaliknya mewujudkan satu unit baharu bagi memantau prestasi dan menguruskan skuad bola sepak negara secara khusus.
Timbalan Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata idea penubuhan unit itu dicetuskan oleh Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail ketika pertemuan baginda bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.
"Tidak timbul pasukan kebangsaan diswastakan tetapi kita akan ada satu unit khas untuk pasukan kebangsaan dan pasukan bawah-23 (B-23). Unit ini akan bertanggungjawab kepada presiden (Tan Sri Hamidin Mohd Amin) dan exco FAM.
"Kenapa kena ada unit ini, kerana mesti ada pengkhususan untuk menjaga kebajikan dan persembahan pasukan kebangsaan ke arah lebih baik. Peruntukan untuk ini akan dijaga khusus supaya kewangannya tidak digunakan kepada (perkara-perkara) lain," katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kali ke-12 penggal 2021-2025 di Wisma FAM di sini hari ini.
Sebelum ini, terdapat laporan kemungkinan pasukan Harimau Malaya diswastakan selepas Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) berkongsi sistem, peranan dan carta organisasi badan bebas di media sosial.
Ketika ditanya mengenai struktur unit baharu, Yusoff berkata FAM akan membincangkan perkara tersebut secara terperinci sebelum dibentangkan kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat.
"Ia akan melibatkan struktur unit itu sahaja dan perkara ini dijangka selesai sebelum hujung tahun ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Persatuan Bolasepak Malaysia
#harimau Malaya
#unit khas
#tunku mahkota ismail
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan