awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAM belum putuskan wujud jawatan Presiden Kehormat

Bernama
Bernama
20/03/2025
15:42 MYT
FAM belum putuskan wujud jawatan Presiden Kehormat
Datuk Noor Azman Rahman berkata, pihaknya sentiasa bersedia mendengar nasihat daripada Hamidin yang memiliki pengalaman luas bagi memperkasakan FAM dari segenap aspek. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan belum mengadakan perbincangan untuk mewujudkan jawatan Presiden Kehormat, dengan bekas presiden badan induk itu Tan Sri Hamidin Mohd Amin dikaitkan dengan jawatan berkenaan.
Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman berkata meskipun demikian, pihaknya sentiasa bersedia mendengar nasihat daripada Hamidin yang memiliki pengalaman luas bagi memperkasakan FAM dari segenap aspek.
"Jika ikut pengalaman Tan Sri (Hamidin), memang tidak boleh dinafikan kerana beliau merupakan Ahli Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA)," katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa FAM 2025 di sini malam ini.
Sebelum ini, timbul spekulasi mendakwa Hamidin bakal kembali dalam kancah bola sepak negara sebagai Presiden Kehormat FAM.
Hamidin pada Disember lepas memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden FAM pada kongres pemilihan badan induk itu bagi penggal 2025-2029 yang telah berlangsung awal tahun ini dengan Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub diumum sebagai penggantinya selepas menang tanpa bertanding.
Dalam pada itu, pada majlis malam ini, Mohd Joehari turut meraikan petugas media tempatan yang rata-ratanya berpangkalan di Lembah Klang serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM.
Turut hadir Timbalan Presiden FAM Datuk S. Sivasundaram dan Naib Presiden badan induk itu Datuk Mohd Azhar Jamaluddin, Datuk Seri Rosmadi Ismail, Datuk Dollah Salleh dan Saaran Nadarajah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FAM
#presiden kehormat
#Noor Azman Rahman
#Hamidin Mohd Amin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan