awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAM dapat diskaun ganti rugi daripada kelab Slovakia

Bernama
Bernama
09/03/2018
12:43 MYT
FAM dapat diskaun ganti rugi daripada kelab Slovakia
Tunku Ismail menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM Ke-4 di sebuah hotel di Iskandar Puteri hari ini, 9 Mac, 2018. --fotoBERNAMA
Tuntutan ganti rugi berjumlah EUR1.4 juta (RM6.73 juta) oleh kelab ViOn a.s terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana melanggar perjanjian dengan kelab yang berpangkalan di Slovakia itu dapat dikurangkan kepada EUR300,000 (RM1.44 juta).
Presiden FAM, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata jumlah ganti rugi itu dapat dikurangkan selepas rundingan oleh badan induk bola sepak negara dengan kelab itu.
"Ini salah satu berita baik. Selepas rundingan, mereka bersetuju untuk mengurangkan saman daripada EUR1.4 juta kepada EUR300,000.
"EUR300,000 itu dibayar secara berperingkat sebanyak tiga kali iaitu EUR100,000 (RM481,000) setiap pembayaran," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kali keempat bagi penggal 2017-2021, di sini hari ini.
Beliau berkata pengurangan jumlah ganti rugi itu sudah pastinya dapat menjimatkan wang FAM.
Ganti rugi itu dituntut oleh ViOn a.s selepas FAM didakwa melanggar perjanjian berhubung latihan skuad Harimau Muda C di Slovakia pada tahun 2015.
Skuad itu dibimbing oleh Hassan Sazali Waras di mana sepatutnya skuad itu mengadakan latihan selama dua tahun dan dua tahun lagi sebagai pilihan di kelab berkenaan.
Namun, latihan tidak dapat diteruskan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 24 Nov 2015 memutuskan program Harimau Muda dibubarkan sekali gus menyebabkan kelab itu tidak berpuas hati lalu menuntut ganti rugi.
Sementara itu, Tunku Ismail berkata FAM akan membida untuk menjadi tuan rumah pusingan akhir Kejohanan Bawah 23 Tahun (B-23) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada Januari 2020.
Menurutnya, permohonan untuk membida itu akan dikemukakan minggu depan memandangkan tarikh tutup permohonan pada Mei ini.
Keputusan untuk membida ini dicapai pada mesyuarat hari ini, kata Tunku Ismail.
Beliau berkata ada beberapa stadium sudah bersedia bagi penganjuran terbabit manakala ada yang masih perlu ditambah baik.
"Bagi saya ini peluang yang baik untuk menambah baik fasiliti bola sepak di negara ini dan berharap mereka akan menjaga kemudahan ini dengan baik," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#afc
#bida
#bola sepak
#FAM
#ganti rugi
#harimau muda
#Hassan Sazali Waras
#kelab
#perjanjian
#Persatuan Bola Sepak Malaysia
#rundingan
#saman
#stadium
#tuan rumah
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
#ViOn a s
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan