awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAM hulur sumbangan kepada bekas penyerang kebangsaan Azman Adnan

Bernama
Bernama
24/12/2021
10:50 MYT
FAM hulur sumbangan kepada bekas penyerang kebangsaan Azman Adnan
FAM memaklumkan sumbangan tersebut merupakan inisiatif daripada Presidennya Datuk Hamidin Mohd Amin yang sentiasa peka dengan kebajikan pemain dan bekas pemain. - Facebook Football Association of Malaysia
KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghulurkan sumbangan kepada bekas penyerang kebangsaan Azman Adnan bagi meringankan bebannya selepas kediamannya di Hulu Langat, Selangor, dilanda musibah banjir baru-baru ini.
Menerusi hantaran Facebook hari ini, FAM memaklumkan sumbangan tersebut merupakan inisiatif daripada Presidennya Datuk Hamidin Mohd Amin yang sentiasa peka dengan kebajikan pemain dan bekas pemain terutama kepada mereka yang banyak berjasa dan menabur budi kepada negara.
"Setiausaha Agung FAM Mohd Saifuddin Abu Bakar dan Exco FAM ACP (Bersara) Md Dali Wahid telah menyampaikannya sendiri kepada Azman pagi tadi untuk sedikit sebanyak membantunya yang sedang menghadapi musibah," menurut hantaran itu.
Azman sebelum ini pernah beraksi bersama pasukan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
Beliau juga pernah mengendalikan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari 2014 hingga 2015.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FAM
#Azman Adnan
#banjir
#Hulu Langat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan