Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menguatkuasakan serta merta pengharaman suar dan larangan membawa kayu ke dalam stadium dalam saingan Liga Malaysia.
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan FAM Datuk Salleh Mat Rasid berkata tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang tidak mematuhi penguatkuasaan itu.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan FAM kali pertama di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini pada Rabu, beliau berkata kamera litar tertutup (CCTV) akan dipasang di setiap stadium bagi melakukan pemantauan.
"Suar adalah alat yang menyalahi undang-undang, dengan adanya CCTV kerja pemantauan lebih fokus. Kayu yang digunakan pada sepanduk juga berbahaya kepada keselamatan orang ramai.
"Pihak polis sentiasa mendapatkan risikan dari semasa ke semasa dan kita juga sedang mencari siapa yang membawa barang tersebut (suar)," katanya.
Salleh juga menyarankan kepada FAM agar lebih tegas dalam menjatuhkan hukuman dan menyemak semula hukuman sedia ada.
Katanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga akan menambah anggota keselamatan di stadium terutamanya dalam perlawanan yang dianggap 'berisiko tinggi' iaitu yang mempunyai penyokong yang ramai.
Bernama
Wed Feb 19 2014
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
FAM kuat kuasa haram suar dan larangan bawa kayu ke dalam stadium
Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang tidak mematuhi penguatkuasaan itu.