Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu diterajui individu yang mempunyai pengetahuan luas mengenai bola sepak bagi mengembalikan kegemilangan sukan tanah air, kata legenda bola sepak negara.
Datuk Santokh Singh menegaskan ia penting bagi memastikan badan induk itu dapat menjalankan peranannya dengan lebih berkesan.
"Individu yang pernah bermain bersama negeri atau negara juga sepatutnya duduk dalam persatuan itu. Saya melihat bekas pemain negara perlu diberi peluang untuk berada dalam FAM," katanya.
Santokh berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan sumbangan lelongan amal anjuran Institut Akauntan Malaysia (MIA) di ibu pejabat MIA di sini.
Bekas pemain pertahanan negara era 70-an itu turut menegaskan sudah tiba masanya perubahan menyeluruh melibatkan pucuk pimpinan FAM dilakukan susulan kegagalan skuad Harimau Malaysia pada saingan Piala AFF Suzuki di Myanmar, bulan lepas.
"Piala AFF pun pasukan kita tidak berjaya melepasi peringkat kumpulan, bukankah itu maksudnya kita perlu melakukan perubahan menyeluruh terhadap FAM," katanya.
Sebelum ini, pemilik kelab Johor Darul Ta'zim Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan Tunku Mahkota Johor, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM Tan Sri Aseh Che Mat disebut-sebut sebagai antara calon untuk jawatan Presiden FAM.
Pada majlis berkenaan, Santokh dan Presiden MIA Datuk Mohammad Faiz Azmi menyerahkan hasil lelongan sebiji bola berjumlah RM25,000 kepada wakil Tabung Amanah Kanser Urologi.
Bola itu yang ditandatangani Santokh bersama tiga lagi legenda bola sepak negara iaitu Datuk Soh Chin Aun, Datuk Hassan Sani dan Datuk James Wong berjaya dijual pada satu lelongan amal bulan lepas.
Tabung Amanah Kanser Urologi ditubuhkan Blue Cap Movement di bawah Universiti Malaya pada tahun lepas bagi membantu mengurangkan kos rawatan yang dihadapi pesakit kanser prostat. -- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 15 2016

FAM perlu diterajui individu yang mempunyai pengetahuan luas mengenai bola sepak bagi mengembalikan kegemilangan sukan tanah air, kata legenda bola sepak negara. -Gambar fail

Gangguan air: 162,000 pengguna di Pulau Pinang sudah dapat bekalan semula
Sebanyak 162,000 pengguna yang terjejas akibat Gangguan Air Berjadual (SWSI) dengan 100 peratus di kawasan Seberang Perai Utara (SPU) telah mendapat semula bekalan mereka setakat 11.30 pagi tadi.

39 pelajar, kakitangan sekolah alami demam, batuk dan ruam selepas pulang kem
Seramai 39 pelajar dan kakitangan sebuah sekolah di sini dikesan mengalami jangkitan akibat penularan penyakit berjangkit selepas pulang dari menyertai kem di Yan baru-baru ini.

Enam individu direman bantu siasatan kes lelaki maut terkena tembakan
Enam lelaki direman bermula esok bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang maut dipercayai terkena tembakan, semalam.

Penunggang motosikal dilanggar akibat tak puas hati
Rasa tidak puas hati di jalan raya menjadi punca penunggang motosikal dilanggar pemandu kereta di Jalan Dato Yusof Shahbudin 28, Bandar Sentosa, di sini, pada Sabtu.

MotoGP Rookies Cup: Hakim Danish panjat podium perlumbaan pertama di Litar Jerez
Hakim Danish Ramli cemerlang untuk menamatkan perlumbaan pertama pusingan pertama MotoGP Rookies Cup di tempat kedua di Litar Jerez.

Hetty Koes Endang bakal meriahkan sambutan Aidilfitri KPKM tanpa bayaran - Mohamad Sabu
Penyanyi terkenal Indonesia, Hetty Koes Endang akan memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri 2025 anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada Isnin.

Menang PRK Ayer Kuning, Mohamad Yusri terus turun bertemu rakyat
Dr Mohamad Yusri Bakir memulakan tugas sebagai wakil rakyat baharu DUN Ayer Kuning dengan turun padang seawal pagi untuk bertemu penduduk.

Lawatan Presiden Maldives: Muizzu bakal terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah UIAM
Lawatan tersebut merupakan lawatan julung kali Muizzu ke Malaysia sejak dilantik sebagai Presiden Maldives pada 17 November 2023.

JPV laksana suntikan vaksin kawal wabak hawar berdarah
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu melaksanakan proses vaksinasi ke atas 224 ekor lembu dan kerbau bagi mengelak penularan wabak hawar berdarah di daerah Kuala Terengganu.
Usaha Kerajaan Perpaduan berhasil - Fahmi
Kemenangan calon BN dalam PRK DUN Ayer Kuning menunjukkan usaha Kerajaan Perpaduan menambat hati pengundi berjaya, menurut Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil.

Stadium bakal dibuka semula - Faizal Azumu
Peminat bolasepak negara mungkin boleh menarik nafas lega apabila kerajaan membayangkan untuk membenarkan pembukaan stadium sedikit masa lagi.

FAM perlu diterajui individu berpengetahuan luas dalam bola sepak
Datuk Santokh Singh menegaskan ia penting bagi memastikan badan induk itu dapat menjalankan peranannya dengan lebih berkesan.

Mufti Perlis gesa Harimau Malaysia tarik diri Piala AFF Suzuki 2016
Mohd Asri Zainul Abidin berkata tindakan menarik diri daripada sukan berprestij itu adalah perlu sebagai mencerminkan pendirian Malaysia.

Dokumentari 'Harimau Malaya 1980' ke udara pada Hari Malaysia
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Datuk Rohana Rozhan berkata walaupun berlaku 36 tahun lalu, ia masih releven dan menjadi sumber inspirasi kepada generasi masa akan datang.