Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu perubahan positif demi kemajuan dan pembangunan bola sepak di negara ini menerusi pucuk pimpinan baharu badan induk bola sepak negara itu.
Bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Datuk Peter Velappan berkata ini kerana, semua pihak mahu melihat perubahan itu dan pucuk pimpinan baharu FAM harus merealisasikannya.
"Ini harapan seluruh rakyat Malaysia untuk melihat kebangkitan bola sepak negara. Apa yang kita mahukan dalam bola sepak antaranya adalah memberi balik kepada masyarakat. Ketua yang baik, pengurusan dan jurulatih di peringkat negeri yang boleh membantu memberikan FAM wajah baharu.
"Jadi, FAM perlu memulakan semuanya dari peringkat akar umbi bermula di sekolah lagi. Tidak ada lagi kejohanan di peringkat sekolah dan kelab juga dilihat lemah, jadi, jika perkara ini dibiarkan berterusan maka bola sepak tidak akan sesekali berkembang," katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa.
BACA: Presiden FAM: 'Kami pilih TMJ' - Netizen
BACA: Presiden FAM: TMJ vs Annuar Musa
Beliau ditemui selepas majlis pelancaran Klinik Yayasan Real Madrid oleh pengerusi Lembaga Pengelola Epsom College in Malaysia (ECiM) Tan Sri Dr Tony Fernandes.
Peter Velappan berkata pucuk pimpinan baharu FAM perlu memainkan peranan bermula di peringkat akar umbi bagi mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan bola sepak.
Justeru, beliau berkata mana-mana presiden baharu yang dipilih selepas ini perlu mengkaji secara mendalam mengenai struktur terbaharu di FAM termasuk di peringkat kelab, negeri mahupun kebangsaan.
"Saya percaya, jika kita mempunyai satu pasukan yang baik, kita mampu untuk membawa bola sepak di negara ini ke tahap lebih baik," katanya.
Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa, sah bertanding jawatan Presiden FAM.
Pemilihan anggota Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2017-2021 diadakan serentak dengan Kongres Tahunan FAM ke-53 pada 25 Mac ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 14 2017
FAM perlu perubahan positif demi kemajuan dan pembangunan bola sepak menerusi pucuk pimpinan baharu badan induk bola sepak negara itu. - Gambar fail
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Penyertaan Kit Siang dalam siri jelajah penerangan UMNO isu kerugian forex tidak sesuai
Penyertaan Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam siri jelajah penerangan UMNO mengenai kerugian Forex adalah tidak sesuai dan tidak diperlukan, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.
FAM perlu perubahan positif menerusi pucuk pimpinan baharu - Peter Velappan
Bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Datuk Peter Velappan berkata ini kerana, semua pihak mahu melihat perubahan itu dan pucuk pimpinan baharu FAM harus merealisasikannya.
The Red Warriors terima 'Duit Raya' RM600,000
Bonus itu sebagai penghargaan kepada barisan pemain yang bertungkus-lumus mengekalkan kejuaraan itu, sekali gus menaikkan nama pasukan.