awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAM sasar layak ke separuh akhir Piala AFF 2016

Bernama
Bernama
15/11/2016
14:48 MYT
FAM sasar layak ke separuh akhir Piala AFF 2016
HAMIDIN: Pasukan kebangsaan perlu fokus menghadapi saingan tiga pasukan lain dalam Kumpulan B.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil jalan selamat dengan hanya meletakkan sasaran mara ke separuh akhir pada kejohanan Piala AFF 2016 di Yangon, Myanmar, bermula Ahad ini.
Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin menegaskan pasukan kebangsaan perlu fokus menghadapi saingan tiga pasukan lain dalam Kumpulan B iaitu juara pusingan kelayakan Kemboja, Vietnam dan tuan rumah Myanmar, sebelum mengintai slot final buat kali keempat.
Untuk rekod, Malaysia mara ke final sebanyak tiga kali iaitu pada 1996, 2010 dan 2014, namun hanya muncul juara pada 2010 menerusi kemenangan agregat 4-2 ke atas Indonesia.
"Memang sebelum ini, kita pernah meletakkan sasaran ke final tetapi kita harus fokus terlebih dahulu untuk melepasi peringkat kumpulan bermula dengan aksi pembukaan menentang Kemboja, Ahad ini," kata Hamidin yang juga pengurus skuad kebangsaan, pada sidang media pengumuman 23 pemain ke kejohanan tersebut, di sini, hari ini.
Turut senada dengan beliau adalah ketua jurulatih skuad kebangsaan Datuk Ong Kim Swee yang berpandangan barisan pemain harus memikirkan cabaran yang menanti mereka di peringkat kumpulan terlebih dahulu.
"Setelah kita layak ke separuh akhir, sudah tentu kita mahu menang dan seterusnya memikirkan kejuaraan sekiranya mara ke final. Bagi saya, tidak guna berbicara slot ke final sekiranya kita bergelut di peringkat kumpulan," tegas pengendali kelahiran Melaka itu.
Kim Swee menjelaskan beliau masih mempunyai tempoh beberapa hari lagi sebelum menyenaraikan kesebelasan terbaik apabila berdepan Kemboja nanti, terutamanya di bahagian serangan dan tengah.
Mengambil contoh Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Safee Sali dan Ahmad Hazwan Bakri, Kim Swee berkata ketiga-tiga pemain berkenaan boleh beraksi di posisi penyerang serta sayap.
"Kehadiran pemain-pemain ini memberi banyak pilihan kepada saya di mana saya boleh mempelbagaikan pilihan apabila menentang Kemboja," katanya yang sudah dua tahun mengendalikan skuad kebangsaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#berita Malaysia
#FAM
#Hamidin Mohd Amin
#Harimau Malaysia
#Piala AFF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan