awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAM sedia bekerjasama dengan MFL tingkatkan mutu pengadilan Liga-M

Bernama
Bernama
15/09/2018
21:06 MYT
FAM sedia bekerjasama dengan MFL tingkatkan mutu pengadilan Liga-M
Program pembangunan pengadil profesional adalah selaras dengan agenda FAM kerana ia salah satu daripada 30 perkara terkandung dalam kepimpinan dan harapan di bawah Presiden Datuk Hamidin Mohd Amin. - REUTERS/Fail
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedia bekerjasama rapat dengan pentadbir Liga Malaysia (Liga-M), Malaysian Football League (MFL) bagi meningkatkan sistem pengadilan dalam liga berkenaan.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Michael Ramalingam berkata, badan induk itu bersedia berbincang dan memperhalusi perkara itu secara terperinci dengan MFL, terutama dari segi teknikal dan pelaksanaannya bagi memastikan kualiti pengadil dapat diselesaikan.
"FAM menyokong dan mengalu-alukan inisiatif oleh Malaysian Football League melalui kenyataan dalam akaun Facebook mereka Jumaat malam, berhubung penggunaan pengadil profesional bagi meningkatkan kualiti pengadilan dalam Liga Malaysia pada masa akan datang," kata Ramalingam dalam kenyataan dikeluarkan FAM pada Sabtu.
Mengulas lanjut, beliau berkata program pembangunan pengadil profesional adalah selaras dengan agenda FAM kerana ia merupakan salah satu daripada 30 perkara terkandung dalam kepimpinan dan harapan di bawah Datuk Hamidin Mohd Amin yang dipilih sebagai presiden FAM ketujuh pada 14 Julai lepas.
MFL dalam kenyataannya pada Jumaat, mendedahkan bahawa mereka sedang mengkaji perancangan menubuhkan syarikat pengurusan pengadil profesional, yang merupakan antara inisiatif bagi meningkatkan mutu pengadilan dalam perlawanan Liga-M pada masa akan datang.
Idea membentuk syarikat itu adalah berdasarkan kepada sebuah kajian kes - 'Professional Game Match Officials Limited (PGMOL) - yang kini sedang dilaksanakan dalam liga bola sepak utama dunia seperti Liga Perdana Inggeris dan juga dua liga di rantau Asia, Liga-J dan Liga-K.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#FAM
#Hamidin Mohd Amin
#kualiti
#Liga Malaysia
#Malaysian Football League
#MFL
#mutu
#pengadil
#pengadil profesional
#Persatuan Bola Sepak Malaysia
#PGMOL
#sistem pengadilan
#stuart michael ramalingam
#syarikat pengurusan
#teknikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan