awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAM sentiasa harap presiden bertahan hingga tamat penggal - Mohd Yusoff

Bernama
Bernama
04/09/2025
12:42 MYT
FAM sentiasa harap presiden bertahan hingga tamat penggal - Mohd Yusoff
Mohd Yusoff berkata prinsip itu menjadi asas pertimbangan setiap kali proses pemilihan berlangsung, namun pada masa sama tidak menolak kemungkinan wujud keadaan di luar jangkaan. - Gambar fail
PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan pemilihan presiden badan induk itu sentiasa dibuat berlandaskan harapan individu yang dipilih mampu bertahan sehingga tamat penggal jawatan.
Pemangku Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata prinsip itu menjadi asas pertimbangan setiap kali proses pemilihan berlangsung, namun pada masa sama tidak menolak kemungkinan wujud keadaan di luar jangkaan.
"Ia mudah, apabila kita memilih presiden, sekurang-kurangnya kita mahu tempohnya kekal sampai akhir penggal, tetapi jika sesuatu berlaku dalam proses itu, ia di luar jangkaan.
"Tiada siapa dalam persatuan mahu perkara sebegini berlaku (tamat lebih awal). Kita melantik seseorang dengan niat baik dan individu itu juga perlu berhasrat menamatkan penggal," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Keempat Jawatankuasa Eksekutif FAM 2025-2029 di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh supaya FAM memilih presiden yang boleh bertahan lama demi kesinambungan kepimpinan dalam persatuan itu.
Pada masa sama, Mohd Yusoff memberi jaminan semua projek nasional yang sedang berjalan antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama FAM, termasuk projek Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) di Presint 5, Putrajaya, tidak akan tergendala dan akan dilaksanakan seperti dirancang.
Rabu lepas, FAM mengesahkan Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub menyatakan hasrat melepaskan jawatan presiden badan induk itu menerusi surat peletakan jawatan yang dihantar baru-baru ini.
Dalam perkembangan sama, FAM mengumumkan Mohd Yusoff dilantik sebagai Pemangku Presiden berkuat kuasa serta-merta sambil menjelaskan peletakan jawatan Mohd Joehari adalah keputusan peribadi dan tidak wujud sebarang 'tangan ghaib' di sebalik keputusan mengejut itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jawatan presiden
#FAM
#Mohd Yusoff Mahadi
#pemilihan
#penggal jawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan