Skuad gimnastik kebangsaan meneruskan aksi cemerlang mereka di Sukan SEA ke-30 di Rizal Memorial Coliseum hari ini, dengan memenangi dua emas, satu perak dan dua gangsa pada Selasa
Selepas terlepas pingat emas dalam acara palang bertingkat dalam dua edisi sebelum ini di Singapura 2015 dan Kuala Lumpur 2017, gimnas utama negara, Farah Ann Abdul Hadi akhirnya mengunggulinya selepas berjaya menarik para juri untuk memberikan markah 12.376 mata, hari ini. Ini pingat emas keduanya selepas memenangi acara all-round, semalam.
Atlet Vietnam Do Thi Ngoc perak (11.767 mata), manakala gimnas muda negara Rachel Yeoh Li Wen yang mengutip mata yang sama dengan atlet Vietnam itu hanya diberikan gangsa.
Terdahulu pada acara melombol, Farah, 25, hanya menduduki tempat keempat dengan 12.900 mata, manakala rakan senegara Tan Ing Yueh gagal mempertahankan pingat emas, selepas menduduki tempat kedua dengan 13.300 mata.
Pemenang pingat perak di Kuala Lumpur, Rifda Irfarnaluthfi dari Indonesia, menang emas dengan 13.484 mata.
"Saya amat gembira kerana inilah pingat yang saya gagal menang di Kuala Lumpur dan Singapura. Jadi berasa bersyukur untuk mendapat pingat ini kali ini," kata Farah selepas majlis penyampaian pingat.
Farah akan bertanding untuk mempertahankan pingat emasnya, dalam acara senam lantai pada Rabu.
Sementara itu Tan Fu Jie mengekalkan pingat emasnya dalam acara kekuda pelana selepas mengumpul 13.967 mata, menewaskan atlet tuan rumah Carlos Edrial Yulo (13.233) dan atlet Vietnam Dinh Phoung Thanh (12.867).
"Pingat emas ini amat bermakna untuk saya, kerana selepas Sukan SEA saya gagal beraksi dengan baik. Menang pingat emas ini, menunjukkan yang saya masih boleh lakukannya," katanya.
Terdahulu, Zul Bahrin Mat Asri menang pingat gangsa dalam acara senam lantai, selepas mengutip 13.767 mata.
Atlet tuan rumah Carlos Edrial Yulo menang emas selepas mendapat 14.700 mata, manakala atlet Thailand Surintornta Tikumporn menang perak (13.833).
Malaysia kini mendahului dalam carta pungutan pingat acara gimnastik selepas menang tiga emas, satu perak dan tiga gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 03 2019

Skuad gimnastik kebangsaan meneruskan aksi cemerlang mereka di Sukan SEA ke-30 di Rizal Memorial Coliseum hari ini. - Foto BERNAMA
![[TERKINI] Penggulungan RUU larang ahli Dewan Rakyat tukar parti [TERKINI] Penggulungan RUU larang ahli Dewan Rakyat tukar parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1981847/21620390761660042476121_640x360.jpg)
[TERKINI] Penggulungan RUU larang ahli Dewan Rakyat tukar parti
Mujibu Abd Muis, Penganalisis Politik

GEG | Agong harap RUU rokok disokong semua pihak
Usaha kerajaan untuk menjamin kesihatan serta kesejahteraan rakyat khususnya generasi akan datang menerusi Rang Undang-Undang (RUU) kawalan produk tembakau dan merokok perlu disokong semua pihak. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, generasi muda perlu dididik dengan amalan-amalan kesihatan yang baik.

Perkeso bayar 279,111 pekerja akibat COVID-19 - Awang Hashim
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, seramai 279,111 penerima faedah Perkeso dan dibayar akibat jangkitan COVID-19 menerima faedah sehingga 16 Julai 2022.

Tangki air pecah: 2 pelajar Tingkatan Dua masih dapatkan rawatan
Dua daripada lima pelajar perempuan tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor masih menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Projek Ternakan Ayam | Felcra Berhad bakal bekal 3.5 juta ayam setahun
Felcra Berhad bakal menjadi pembekal 3.5 juta ayam pedaging setahun apabila projek ternakan ayam sistem tertutup di Rompin, Pahang siap.

Siasatan LCS | PAC pertahan tindakan dedah maklumat LCS
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh mempertahankan tindakan jawatankuasa itu mendedahkan laporan isu perolehan kapal tempur pesisir (LCS) kepada umum.

Haiwan Dilindungi | Warga asing dipenjara simpan kepala rusa, bulu landak
Seorang lelaki warga asing dijatuhi hukuman enam bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen Sandakan, pada Selasa, selepas didapati bersalah memilik kepala rusa, tanduk kijang dan bulu landak. Tertuduh Jesus A Apolina Rion, 49 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Darma Fikri Abu Adam.

Tangki Air Runtuh | Lima pelajar cedera dikejar ke hospital
Lima pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Melor, Kota Bharu dikejarkan ke hospital serta klinik kesihatan selepas tangki air sekolah berkenaan runtuh. Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 10.05 pagi.

Ainul diserang sawan: Seperti ditidurkan, hanya bola mata saja mampu digerakkan - Ibu
Ibu kepada Ainul Mardhiah, Nurul Erwani memaklumkan anak perempuannya diserang sawan berulang kali sejak Ahad.

Pereka fesyen Issey Miyake meninggal dunia akibat kanser
Mendiang Issey Miyake meninggal dunia akibat kanser hati pada 5 Ogos lalu pada usia 84 tahun.

Sukan SEA: Farah Ann mungkin tidak ke Hanoi
Harapan untuk menyaksikan Ratu Gimnastik negara Farah Ann Abdul Hadi beraksi pada Sukan Sea Hanoi di Vietnam, pada 12-23 Mei ini semakin pudar.

Tiada surat persaraan, Farah Ann masih dalam senarai ke Sukan SEA - MGF
MGF ada mendengar desas-desus tentang persaraan ratu gimnastik negara itu, namun sehingga kini belum menerima surat persaraan daripadanya.

Farah Ann sudah bersara daripada sukan gimnastik?
Ng Shu Wai berkata, Farah Ann sudah berhenti berlatih bersama skuad kebangsaan sejak dua minggu lalu.

Selangor beri RM10,000 masing-masing kepada 4 atlet negeri ke Sukan Olimpik Tokyo - Exco
Kerajaan negeri Selangor akan memberi sumbangan wang tunai RM10,000 masing-masing kepada empat atlet negeri itu yang akan bersaing pada temasya Sukan Olimpik Tokyo, bermula 23 Julai ini.

Sukan Olimpik Tokyo: Farah Ann tumpu persiapan di dalam negara
Namun, rutin latihan diteruskan dengan satu kejohanan simulasi sedang dirancang tatkala dia masih dalam rawatan mengatasi kecederaan ringan.

COVID-19: 242 atlet, pegawai selesai suntikan dos kedua vaksin
Baki daripada jumlah 264 atlet dan pegawai yang menerima suntikan pertama pada 12 April lepas akan menerima dos kedua setelah pulang ke tanah air.

Vaksin tambah keyakinan Farah Ann bertanding Piala Dunia Gimnastik Artistik
Farah Ann berasa lebih lebih selesa dan selamat untuk bersaing dalam Piala Dunia Gimnastik Artistik di Mesir pada Jun ini berbekalkan suntikan vaksin Pfizer-BioNTech yang diterimanya.

Gimnastik: Malaysia berisiko hilang khidmat Farah Ann
Pemenang tiga pingat emas Sukan SEA Filipina 2019 itu menyuarakan hasratnya untuk bersara selepas tamat Sukan Olimpik Tokyo tahun depan.

Farah Ann sifatkan insentif Sukan SEA dorongan lebih berjaya
Farah Ann Abdul Hadi berkata insentif berkenaan turut mencerminkan sokongan kerajaan negeri terhadap pencapaian atlet negeri itu.

Olimpik Tokyo: Rachel dedah faktor Farah Ann tidak ke Amerika Syarikat
Berbaki tujuh bulan sebelum Sukan Olimpik Tokyo 2020, MGF masih runsing memikirkan persiapan buat gimnas negara, Farah Ann, untuk menghadapi temasya itu.