awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Faria berpisah dengan Mourinho

Astro Arena
Astro Arena
13/05/2018
00:29 MYT
Faria berpisah dengan Mourinho
Faria (kiri) dan Mourinho. - Foto Astro ARENA
PEMBANTU pengurus Manchester United, Rui Faria, bakal meninggalkan kelab pada penghujung musim sekaligus menamatkan 17 tahun kerjasama dengan Jose Mourinho.
Faria merupakan orang kanan Mourinho ketika bersama Porto, Chelsea, Inter, Real Madrid dan dua musim di Old Trafford.
Jurulatih berusia 42 tahun itu dikaitkan menjadi pilihan untuk menggantikan Arsene Wenger yang bakal meninggalkan Arsenal dan Mourinho sendiri Faria adalah pengganti terbaik di Stadium Emirates Stadium.
Bagaimanapun, dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web rasmi United, Faria menyatakan keinginannya untuk meluang masa bersama keluarga menjadi motivasi untuk berpisah dengan Mourinho.
"Selepas berbincang dalam tempoh yang panjang, dengan berat hati saya mengambil keputusan untuk menamatkan kerjasama dengan Mourinho," kata Faria.
"Saya telah mengharungi 17 tahun yang menarik dan pengalaman yang sukar untuk dilupakan. Tetapi, saya berasakan sudah tiba masa buat saya meluangkan masa bersama keluarga sebelum mengejar cabaran baru.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Mourinho kerana sentiasa meletakkan kepercayaan kepada saya.
"Beliau memberikan peluang dan keyakinan dan paling penting adalah persahabatannya."
Michael Carrick akan menyertai staf kejurulatihan Mourinho, tetapi masih tiada pengumuman mengenai pengganti Faria.
"17 tahun. Leiria, Porto, London, Milan, Madrid, London dan Manchester. Berlatih, bermain, merantau, belajar, ketawa dan terluka," kata Mourinho.
"Seorang pelajar yang kini dewasa dan memiliki kepakaran dalam bola sepak. Faria sudah bersedia untuk memiliki karier yang berjaya sebagai pengurus.
"Saya akan merindui rakan saya. Saya menghormati keputusannya."
United bakal berdepan Chelsea dalam aksi final Piala FA di Wembley minggu depan selepas memastikan mengakhiri saingan di tempat kedua Liga Perdana Inggeris (EPL).
Topic Berkaitan
#bola sepak
#EPL
#Jose Mourinho
#Liga Perdana Inggeris
#Manchester United
#Michael Carrick
#orang kanan
#pembantu
#pengurus
#Piala FA
#Rui Faria
#tamat kerjasama
#tinggalkan kelab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan