awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fayadh tekad rebut kesebelasan utama Harimau Malaya

Bernama
Bernama
19/03/2023
14:06 MYT
Fayadh tekad rebut kesebelasan utama Harimau Malaya
"Saya perlu bersaing dengan pemain-pemain yang lebih besar dan tinggi, namun saya percaya itu bukan halangan menjadi seorang pemain yang baik," kata Fayadh. - Bernama
JOHOR BAHRU: Pemain sayap Kedah, Muhammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin mahu menggunakan peluang keemasan diberikan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon untuk membuktikan dirinya bersedia berada di kelompok kesebelasan utama.
Meskipun menyedari terpaksa bersaing dari segi fizikal, pemain berusia 25 tahun itu mahu menjadikan ia satu kelebihan, sekali gus membuktikan beliau juga mampu menggalas kepercayaan jurulatih berasal dari Korea Selatan itu.
"Daripada sudut fizikal memang akan ada cabaran kerana saya perlu bersaing dengan pemain-pemain yang bersaiz lebih besar dan tinggi, namun saya percaya itu bukan halangan menjadi seorang pemain yang baik.
"Saya akui teruja kerana dipanggil untuk menyarung jersi ini buat pertama kalinya dan berpeluang bermain dengan pemain-pemain yang bernama besar dalam bola sepak tempatan," katanya kepada pemberita ketika sesi latihan pusat di Pusat Latihan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Padang seri Gelam, sini, petang tadi.
Mengakui menjalani sesi latihan dengan skuad kebangsaan sangat berbeza dengan latihan bersama Kedah, pemain berasal dari Baling itu turut berterima kasih kepada ketua jurulatihnya Nafuzi Zain atas pencapaiannya hingga kini.
"Yang penting saya akan buat yang terbaik dalam latihan. Jurulatih (Nafuzi) banyak bantu menaikkan prestasi saya, banyak bantu dari segi permainan, mungkin itu salah satu sebab mengapa Pan Gon panggil saya," katanya.
Muhammad Fayadh antara senarai 27 pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya bermula Sabtu lepas bagi menghadapi dua aksi persahabatan antarabangsa menentang Turkmenistan pada 23 Mac dan Hong Kong (28 Mac) di Stadium Sultan Ibrahim di sini.
Selain beliau, muka baharu yang turut dipanggil Paulo Josue (Kuala Lumpur City FC), Endrick dos Santos (JDT FC), Nooa Laine (SJK Seinajoki), Muhamad Feroz Baharudin (JDT FC), Daniel Sang Ting (Sabah FC), penjaga gol Damien Lim (Sabah FC) dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (Negeri Sembilan FC).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#Muhammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin
#kesebelasan utama
#Kim Pan Gon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan