awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
Bas ekspres terbabas punca kemalangan tiga kenderaan di lebuh raya PLUS - Polis
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Feichtenbeiner lepas jawatan Ketua Jurulatih Selangor FC

Bernama
Bernama
09/08/2022
15:01 MYT
Feichtenbeiner lepas jawatan Ketua Jurulatih Selangor FC
Selangor percaya projek pembangunan dikendalikan Feichtenbeiner wajar diteruskan demi kesinambungan masa depan kelab. - Gambar/ FB Selangor FC
KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih Selangor FC Michael Feichtenbeiner hari ini melepaskan jawatannya yang telah digalas selama setengah musim.
Selangor FC dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu merupakan persetujuan bersama antara pihak pengurusan tertinggi kelab dan jurulatih kelahiran Jerman berusia 62 tahun itu.
Menurut kenyataan itu, Feichtenbeiner bagaimanapun akan terus kekal bersama Selangor bagi memberi fokus sepenuhnya kepada projek pembangunan bola sepak Selangor sebagai Pengarah Sukan Selangor FC yang disandang beliau sejak 2020.
"Projek pembangunan bola sepak Selangor yang dimulakan Michael Feichtenbeiner sejak 2020 telah melahirkan ramai pemain muda yang mewakili pasukan utama Selangor FC dan pasukan kebangsaan Malaysia.
"Sehingga kini, seramai 19 pemain muda daripada pasukan feeder Selangor FC telah diserap ke pasukan utama seperti Mukhairi Ajmal, Sharul Nazeem, Hein Htet Aung, Alex Agyarkwa, Quentin Cheng dan ramai lagi," menurut kenyataan itu.
Selangor percaya projek pembangunan dikendalikan Feichtenbeiner wajar diteruskan demi kesinambungan masa depan kelab.
Feichtenbeiner dilantik selaku ketua jurulatih pada November tahun lepas menggantikan seorang lagi pengendali berasal dari Jerman, Karsten Neitzel dalam usaha Selangor memburu kejayaan pada musim 2022.
Sementara itu, skuad Gergasi Merah itu memaklumkan pencarian ketua jurulatih baharu sedang dijalankan dan akan membuat pengumuman lanjut selepas segala penelitian dibuat.
Tugas itu kini digalas pembantu ketua jurulatih Nidzam Jamil yang akan mengambil alih tanggungjawab mengemudi pasukan utama sebagai ketua jurulatih sementara bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia musim ini.
Selangor yang berada pada tahap prestasi terumbang-ambing kini berada di tangga ketujuh Liga Super selepas mengumpul 16 mata daripada 13 perlawanan setakat ini manakala tersingkir di separuh akhir Piala FA kepada Terengganu FC, Sabtu lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Selangor FC
#Michael Feichtenbeiner
#letak jawatan
#ketua jurulatih Selangor FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan